Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ma.ja] | رماج

Definisi : 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; meremaja menjadi remaja: Amnah ~; meremajakan menjadikan muda, me­muda­kan; ~ pegawai negeri menggantikan pegawai-pegawai tua dgn pegawai-pegawai muda; keremajaan perihal (keadaan) remaja: se­orang gadis yg sedang dlm ~; peremajaan perihal meremajakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ma.ja] | رماج

Definisi : , = muda ~ mula dewasa; sudah akil baligh; sudah cukup umur utk berkahwin: masa ~ masa muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remaja (kata nama)
Bersinonim dengan mulai dewasa, muda, mentah, belia, hijau, cukup umur, baligh;,
Kata Terbitan : keremajaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
junior golferpemain golf remaja/pegolf remajaSukanTiadaTiada
adolescenceremaja;keremajaan (sifat); masa remaja (tempoh)PendidikanTiadaTiada
adolescenceremaja;keremajaan (sifat); masa remaja (tempoh)GeografiTiadaTiada
adolescenceremaja;keremajaan (sifat); masa remaja (tempoh)PerubatanTiadaTiada
adolescenceremaja;keremajaan (sifat); masa remaja (tempoh)SosiologiTiadaTiada
adolescenceremaja;keremajaan (sifat); masa remaja (tempoh)Pentadbiran PerniagaanTiadaTempoh perkembangan antara baligh dan peringkat dewasa.
adolescenceremaja;keremajaan (sifat); masa remaja (tempoh)Undang-undangTiadaTiada
adolescenceremaja;keremajaan (sifat); masa remaja (tempoh)PsikologiTiadaTiada
juveniliakarya juvenilKesusasteraanTiadaKarya yang dihasilkan ketika pengarang masih remaja. Karya juvenil juga merujuk kepada sekumpulan karya yang khusus ditulis untuk pembaca daripada golongan remaja. Sesetengah pengarang mula menulis karya sastera sejak remaja. Bakat penulisan mereka berkembang dari semasa ke semasa sehingga mereka menjadi pengarang yang mapan. Contohnya, puisi berjudul �Upon the Death of Lord Hasting� (1649) ditulis oleh Dryden ketika berumur lapan belas tahun. Karya yang dihasilkan oleh pengarang remaja biasanya memperlihatkan beberapa kelemahan dan ketidakmatangan, sama ada dari segi gaya penulisan atau olahan pemikiran. Hal ini dianggap biasa kerana pada peringkat remaja, seseorang pengarang belum mempunyai banyak pengalaman, kurang pengetahuan serta masih berada pada peringkat pembentukan bakat dan kreativiti. Karya yang dihasilkan biasanya bertemakan alam kehidupan remaja dengan gaya penulisan dan olahan pemikiran yang sesuai dengan tahap golongan remaja. Antara penulis karya juvenil ialah Hizairi Othman dengan karyanya berjudul �Merungkai Deduksi� (1996) dan �Dilema� (1991), dan Ahmad Patria Abdullah dengan karyanya berjudul Permata Aurorius (1987), dan Puteri Alindalia (1993).
postadolescenceselepas remajaBiologiFisiologiKala yang mengikuti masa remaja atau sejurus selepas masa remaja.
12345678910

Kembali ke atas