Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réman); tahanan ~ a) tindakan me­nahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah di­tahan utk siasatan berhubung dgn pem­bu­nuh­­an itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu; mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara me­nunggu perbicaraan dsb: mereka tidak di­benarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah; semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Pr kayu atau buluh kecil (spt jarum) yg diikat pd tali dan menyebabkan perangkap tertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réman/; tahanan ~ a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. me­reman menahan seseorang yg di­tuduh melakukan kesalahan jenayah, atau menghantar balik seseorang ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan: Mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman hingga kes mereka disebut semula di mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REMAN

REMAN, salah sebuah negeri di bawah Kesultanan Pahang. Antara tahun 1816 hingga tahun 1902, Kesultanan Patani berada di bawah naungan kerajaan Siam. Pada masa itu, Kesultanan Patani mempunyai tujuh buah negeri kecil, iaitu Legeh, Patani, Reman, Saiburi, Yala, Yaring dan Nongchik. Reman mempunyai keluasan lebih daripada 4 000 batu persegi. Negeri ini bersempadan dengan Patani, Saiburi (Teluban) dan Yaring di sebelah utara; Kedah, Kelantan dan Perak di sebelah selatan; Legeh di sebelah timur; dan Kedah dan Yala di sebelah barat. Kota  Baru ialah ibu kota Reman yang menjadi pusat kegiatan politik dan ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LONG GHAFAR

LONG GHAFAR (   ?  -1794), Perdana Menteri Kelantan. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia hidup sezaman dengan Long Yunus, iaitu pengasas negeri Kelantan moden dan keturunan Long Yunus atau kerabat diraja yang memerintah negeri Kelantan sejak pertengahan abad ke-18 hingga kini. Long Ghafar dikatakan anak Raja Reman. Sebelum tahun 1810, Reman merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melayu Patani, tetapi selepas tahun 1909, menjadi sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NONGCHIKNONGCHIK, salah sebuah negeri di bawah Kesultanan Patani. Antara tahun 1816 hingga tahun 1902, Kesultanan Patani berada di bawah naungan kerajaan Siam. Pada masa itu, Kesultanan Patani mempunyai tujuh buah negeri kecil, iaitu Legeh, Nongchik, Patani, Reman, Saiburi, Yala dan Yaring. Nongchik dianggap sebagai salah sebuah negeri yang terkecil. Kota Nongchik ialah ibu kota dan pusat pentadbiran dan kegiatan ekonomi.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KOTA JERAM

KOTA JERAM, kota yang pernah wujud di tebing Sungai Jeram yang terletak dalam Jajahan Pasir Putih,  Kelantan. Kota ini dibina oleh Long Ghafar sekitar tahun 1775. Sejarah Kota Jeram berkait-rapat dengan Long Ghafar yang berasal dari reman, Patani, iaitu sepupu dengan Long Yunus, pengasas negeri Kelantan moden.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TUAN AHMAD

TUAN AHMAD (   ?    -    ?    ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR

TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR (  ?  - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas