Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rem.pah] | رمڤه

Definisi : (rémpah); rebah-~ jatuh berguling-guling, rebah terguling-guling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rem.pah] | رمڤه

Definisi : bahan perisa makanan yg terdiri drpd kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rem.pah] | رمڤه

Definisi : benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); rempah-rempah berbagai-bagai macam rem­­pah; merempahi, merempah-rempahi 1. me­masuk­­kan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur; perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~ daging. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rem.pah] | رمڤه

Definisi : ; ~ gunung sj tumbuhan (pokok renek), cucur atap, Baeckia frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rem.pah] | رمڤه

Definisi : /rémpah/; rebah-rempah jatuh terguling-guling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rem.pah] | رمڤه

Definisi : bahan-bahan (spt lada hitam, bunga cengkih) yg dicampurkan dlm masakan utk memberi rasa yg agak pedas. merempahi mencampurkan rempah pd; memberi berempah: Dia ~ masakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rempah
Rujuk :ramu, ramuan,

Puisi
 

Sayang tekukur digulai lemak,
     Rempah-rempah dari Jawa;
Biar lumpur jalan semak,
     Rebah-rimpah kumari juga.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbs and spicesrempah ratusHerbaTiadaPelbagai campuran bahan rempah dan herba seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, jintan dan lada hitam. Rempah ratus digunakan dalam masakan dan penjagaan kesihatan.
spicesRempah ratusPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan sama ada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis.
curry pasterempah kariPentadbiran PerniagaanTiadaBahan perisa daripada rempah yang dikisar menjadi serbuk.
curry powderserbuk rempah kariPentadbiran PerniagaanTiadaBahan perisa daripada rempah yang dikisar menjadi serbuk.
spicesrempahPentadbiran PerniagaanTiadaBahan perasa daripada semua bahagian pokok seperti bunga, batang, akar dan kulit dan tidak termasuk daun.
allspicerempah tiga rasaPentadbiran PerniagaanTiadaBeri berwarna merah atau perang yang mempunyai tiga campuran rasa iaitu rasa kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pala
spicesrempah ratusHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan sama ada dalam bentuk segar atau kering. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, buah, biji, bunga, rizom, kulit batang, batang dan akar. Tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa sedap dalam masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, serai, daun kesum, ketumbar, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, kayu manis dan jintan manis.
fresh spicerempah baruPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mixed spicerempah campurPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
five spice powderpanca rempahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas