Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.cam] | رنچم

Definisi : ; merencam tidak terang atau tidak jelas kelihatan, mengaburkan mata (kerana terlalu halus dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.cam] | رنچم

Definisi : 1. = rencaman campuran drpd pelbagai macam; 2. (terdiri) drpd pelbagai macam; kecekapan Pak Mustafa ~ juga; makanan yg ~ makanan yg terdiri drpd pel­bagai macam bahan; kerencaman perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan ke­pelbagaian corak bahan cerita rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.cam] | رنچم

Definisi : 1 = rencaman campuran bermacam-macam. 2 terdiri drpd bermacam-macam atau berbagai-bagai: makanan ~ makanan yg bermacam-macam; pekerja ~ orang yg membuat berbagai-bagai pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencam (adjektif)
Bersinonim dengan pelbagai, berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis, banyak jenis, aneka jenis;,
Kata Terbitan : merencamkan, kerencaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna istilah 'rencam'Perkataan rencam bermaksud i. merencam , tidak terang atau tidak jelas kelihatan,mengaburkan mata(kerana ,terlalu halus dll.) 2. rencaman, campuran daripada pelbagai macam 3. (terdiri)daripada pelbagai macam. Sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1311. Makna03.03.2009
Assalamualaikum. (1) Apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah kejuruteraan "coir composite panel"? Adakah "panel sabut kelapa komposit" atau "panel sabut kelapa rencam"? (2) Dari sudut kejuruteraan, apakah perbezaan antara "komposit" dan "rencam"? Penggunaan istilah manakah yang dicadangkan? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan ialah panel sabut kelapa komposit. Dalam bidang Kejuruteraan, istilah yang digunakan ialah komposit. Istilah28.11.2012
1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah) dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pengunjung. Jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah hingar-bingar. Bukankah kedua-duanya sama makna? Atau hingar-bingar lebih baik? Sila bantu. 2. Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat RENCAM kerana dicampurkan pelbagai macam bahan. Penggunaan RENCAM dalam ayat ialah KATA ADJEKTIF. Betul? Menurut Kamus Dewan: makanan yg RENCAM: makanan yg terdiri drpd pel

1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah). kedua-duanya betul, merujuk Kamus Dewan hingar-bingar sama maksud dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk.

2. Ayat "Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat rencam" kurang tepat.  Isunya di sini bukanlah golongan kata dalam ayat tersebut. Kata adjektif atau frasa adjektif boleh menjadi predikat atau penerang dalam ayat. Isu yang lebih ketara ialah makna kata yang menerangkan sesuatu tentang subjek dalam ayat tersebut. Lazimnya apabila kita menerangkan tentang sesuatu masakan itu ialah sifatnya sama ada sedap, pedas, manis dan sebagainya. Rencam bermaksud terdiri daripada bermacam-macam atau berbagai-bagai dan penggunaan rencam kurang tepat dalam ayat ini. 

Tatabahasa20.06.2011
Apakah perkataan "handyman" jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu? Mohon pencerahan pihak DBP. Sekian, terima kasih.Cadangan Istilah yang sesuai bagi perkataan handyman  ialah Pekerja RencamPenyemakan dan penterjemahan25.08.2020
saya nak tahu tentang kerja Pekerja Am Khas

Sdr Fairuz,

Sebenarnya tidak ada jawatan Pekerja Am Khas di DBP. Jawatan yang gelarannya  hampir sama dengannya ialah Pembantu Am Pejabat (PAP), Pekerja Awam (PA) dan Pekerja Awam Khas (PAK).

Bagi jawatan PAP, tugasannya merangkumi kerja-kerja pengambilan, penerimaan dan mengedaran surat/barangan dalam pejabat, menerima/menyambut tetamu di kaunter, merekod surat/dokumen yang diteima/dihantar dan membantu dalam urusan pejabat yang lain.

Bagi jawatan PA dan PAK, kerjanya hampir sama iaitu membuat kerja-kerja rencam termasuklah mengemas/menyusun kerusi meja di bilik mesyuarat/bilik seminar, membawa/mengambil peralatan pejabat, membuat kerja-kerja pembaikan kecil dan kerja-kerja rencam yang lain. Cuma PAK mempunyai tugasan tambahan iaitu menyelia kerja yang dibuat oleh PA.

 

Lain-lain08.02.2008
Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam.

Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Lain-lain08.02.2010

Kembali ke atas