Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.ca.na] | رنچان

Definisi : 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. ca­tat­­an mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: per­kara ini termasuk dlm ~ yg akan kita run­dingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu se­karang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg di­bacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru baca­kan; ~ Colombo rancangan bantuan teknik antara­bangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun; berencana dgn rencana, berancang; merencana sl bercerita; merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyang­ku sampai ke masa aku; tidak dapat ku­rencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, di­terima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan peng­­gempuran direncanakan, pasukan Ame­­rika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~; perencanaan perihal merencanakan, pe­ran­cangan: pelajaran yg menjadi ke­gemar­anku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, hu­rai­­an, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.ca.na] | رنچان

Definisi : 1 karangan lengkap yg disiarkan dlm surat khabar atau majalah; makalah: Ia selalu menulis ~ utk majalah Dewan Bahasa. 2 rangka bkn sesuatu yg akan dilakukan; jadual; rancangan: Kami selamat sampai di puncak bukit itu menurut ~ yg sudah diatur. 3 apa-apa yg dibaca atau yg diucapkan supaya ditulis oleh orang lain: Sesudah membaca, mereka membuat ~ pula. berencana ada rencananya; dgn rencana; berancang. merencanakan 1 menulis rencana atau cerita; menulis makalah: Abdullah telah ~ hal-hal kebodohan orang Melayu dlm bukunya. 2 menyusun atau membuat sesuatu rancangan; menjadualkan; merancang: Ia meminta saya ~ satu projek perumahan. 3 mengucapkan sesuatu supaya ditulis oleh orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencana (kata nama)
1. Bersinonim dengan karangan: makalah, artikel, esei, cerita, kisah,

2. Bersinonim dengan catatan: laporan, minit,

3. Bersinonim dengan rancangan: pelan, buram, rang, draf,

4. Bersinonim dengan acara: agenda, jadual, program,

Kata Terbitan : merencanakan, terencana, perencanaan, perencana,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud rencana? ciri-ciri rencana, bentuk rencana, jenis rencana dan cara penyediaan rencanaMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud rencana ialah cerita, karangan, kisah (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; catatan mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit. Untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut mengenai rencana, sila rujuk buku yang berkaitan. Soalan melangkaui KNB.Makna26.08.2008
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran?Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan  bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk  rencana-rencana tentang kejiranan.Lain-lain10.06.2008
i dan kan bagaimana digunakan dan bila sesuail untuk digunakanAkhiran -kan digunakan wujud atau digunakan dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua (Rencana-rencana itu saya bukukan), dan 2. dalam ayat suruhan (Belikan saya sepasang kasut). Seperti akhiran -kan akhiran -i juga wujud atau digunakan dalam dua bentuk ayat, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (Perangainya yang baik itu akan kami contohi), dan 2. dalam ayat suruhan (Contohilah teladan yang baik itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 183 hingga 190. Tatabahasa21.02.2009
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana?

Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.

Lain-lain20.08.2009
ASKUM.......SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG ISTILAH MODL INSANModal insan ialah tenaga manusia yang berpengetahuan, berdisiplin dan berakhlak. Modal insan merupakan faktor penting dalam pembangunan negara. Pembinaan modal insan bermula daripada aspek pendidikan, kemahiran dan agama serta akhlak yang baik. Sila rujuk rencana-rencana yang berkaitan perkara ini dalam akhbar perdana.Makna07.04.2007
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana?Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan.Makna25.02.2007
rencana tentang alam sekitar tahun 2008

Sila rujuk bahan ini :

1.

Alam sekitar: permasalahan dan pengawalanSurtahman Kastin HasanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1997

2.
Masalah alam sekitar dan kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang1978
3
Penilaian kesan-kesan alam sekitarAbdullah Mohamad SaidInstitut Teknologi MARA1992
4.
Etika alam sekitar daripada perspektif islam, timur dan baratMohd Zuhdi MarsukiPTS Publications & Distributors Sdn Bhd2002
5.
Permasalahan alam sekitarFadil Hj. OthmanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1996
6.
Undang-undang alam sekitarMohd. Bakri Ishak,Azmi SharomDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2007
Lain-lain08.06.2008
salam sejahtera sy ingin bertanya,bagaimana ingin mendapatkan rencana atau membaca rencana tentang isu semasa dari laman web dbp.terima kasih.Sila hubungi Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka atau layari Pustaka Digital dalam Laman Web DBP.Lain-lain29.10.2008
saya perlukan rencana mengenai bangunan bersejarah sultan abdul samad daripada majalah

Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

Lain-lain07.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas