Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.ca.na] | رنچان

Definisi : 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. ca­tat­­an mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: per­kara ini termasuk dlm ~ yg akan kita run­dingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu se­karang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg di­bacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru baca­kan; ~ Colombo rancangan bantuan teknik antara­bangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun; berencana dgn rencana, berancang; merencana sl bercerita; merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyang­ku sampai ke masa aku; tidak dapat ku­rencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, di­terima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan peng­­gempuran direncanakan, pasukan Ame­­rika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~; perencanaan perihal merencanakan, pe­ran­cangan: pelajaran yg menjadi ke­gemar­anku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, hu­rai­­an, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.ca.na] | رنچان

Definisi : 1 karangan lengkap yg disiarkan dlm surat khabar atau majalah; makalah: Ia selalu menulis ~ utk majalah Dewan Bahasa. 2 rangka bkn sesuatu yg akan dilakukan; jadual; rancangan: Kami selamat sampai di puncak bukit itu menurut ~ yg sudah diatur. 3 apa-apa yg dibaca atau yg diucapkan supaya ditulis oleh orang lain: Sesudah membaca, mereka membuat ~ pula. berencana ada rencananya; dgn rencana; berancang. merencanakan 1 menulis rencana atau cerita; menulis makalah: Abdullah telah ~ hal-hal kebodohan orang Melayu dlm bukunya. 2 menyusun atau membuat sesuatu rancangan; menjadualkan; merancang: Ia meminta saya ~ satu projek perumahan. 3 mengucapkan sesuatu supaya ditulis oleh orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencana (kata nama)
1. Bersinonim dengan karangan: makalah, artikel, esei, cerita, kisah,

2. Bersinonim dengan catatan: laporan, minit,

3. Bersinonim dengan rancangan: pelan, buram, rang, draf,

4. Bersinonim dengan acara: agenda, jadual, program,

Kata Terbitan : merencanakan, terencana, perencanaan, perencana,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centralized dictation systempemusatan sistem rakaman rencanaPentadbiran PerniagaanTiadaPusat merakam semua rencana dengan pembacaan rencana yang dibuat menggunakan telefon atau mikrofon di lokasi yang jauh dari pejabat pengurusan.
closed systemsistem tertutupPentadbiran PerniagaanTiadaSistem yang tidak menggunakan media rencana semasa membaca rencana atau transkripsi.
telephone dictationrencana telefonPentadbiran PerniagaanTiadaRencana yang dibaca melalui telefon.
machine dictationrencana mesinPentadbiran PerniagaanTiadaPembacaan rencana yang menggunakan mesin perakam.
news featureberita rencanaKomunikasiTiadaBerita atau rencana yang ditulis daripada bahan berita. Berita ini menggunakan gaya penulisan yang lebih bebas, kritikal dan kreatif berbanding penulisan berita biasa.
feature storycerita rencanaKomunikasiTiadaLihat: berita rencana.
on the spot dictationrencana serta mertaPentadbiran PerniagaanTiadaRencana yang diberi pada masa itu juga.
person-to-person dictationrencana perseoranganPentadbiran PerniagaanTiadaPembacaan rencana yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain.
dictation at the typewriterrencana taip terusPentadbiran PerniagaanTiadaRencana yang terus ditaip semasa dibacakan.
dictation machinemesin rencanaPentadbiran PerniagaanTiadaMesin yang boleh merakam dan menyalin rencana.
12345678910

Kembali ke atas