Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rén.da] | ريندا

Definisi : (rénda) sj kerawang yg biasa dipasang di tepi baju (bantal dll); merenda membuat (mengait, menekat) renda: lepas sekolah ia dipingit, lalu diajar ke dapur, menjahit, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rén.da] | ريندا

Definisi : /rénda/ pita yg dijahit berke­rawang-kerawang atau berbunga-bunga dan dijadikan perhiasan sarung bantal dll. merenda menjahit renda; membuat renda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata renda


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RENDA

Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada

corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda

yang paling halus diperbuat daripada benang

linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat

buatan, malah benang emas dan perak juga turut

digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis

renda, terdiri daripada corak bunga atau daun.

Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan,

bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang

dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk

menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang

perhiasan untuk rumah dan gereja.

UMUM 
KRUSYE

Krusye ialah cara mengait renda melalui kaedah

yang hampir serupa dengan mengait. Renda krusye

lebih berat dan harganya tidak mahal. Hampir semua

yan atau benang boleh dikrusye tetapi yang

paling biasa dibuat krusye ialah benang kapas yang

dipintal ketat.

UMUM 
KAIN SEBAI

KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas.

BUDAYAKraf Tangan
MAYFLY

Mayfly ialah serangga yang kecil molek, bersayap

bercorak renda dan berekor panjang bercabang

yang meleret semasa terbang.

UMUM 
SAPU TANGAN

Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita

bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia

biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia

mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera.

Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu

tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman

Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu

tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000-

an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan

yang tergantung pada tali pinggang.

UMUM 
NOTTINGHAMSHIRE

Nottinghamshire ialah sebuah kaunti di tengah

England . Ia masyhur kerana legenda Robin Hood,

yang dikatakan tinggal di Hutan Sherwood dengan

kumpulan penjahatnya. Kini, kaunti ini dikenali

kerana industri penting seperti pembuatan basikal,

pakaian, tembakau, dan ubatan. Ia juga dikenali

kerana kaya dengan lombong batu arang, dan juga

kerana Renda Nottingham.

UMUM 
TAMAN NEGARA CARLSBAD CAVERNS

Taman Negara Carlsbad Caverns, di

tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal

kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua

yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns.

Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah

tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua

ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai

kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat

Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang

dikenali sebagai Big Room, panjangnya 500 meter

dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi

silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang,

gopher , jack rabbit , mule deer , dan ular orok-orok

terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina

pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya,

lihat Taman negara.

UMUM 
TEKSTIL

Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang

ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan

Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak

kain masih diperbuat daripada tenunan yang

menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua

jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil.

Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain

brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap

serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan

kain sebagai tekstil.

UMUM 
PAKAIAN PERKAHWINAN

PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi.

BUDAYAPakaian
MESIN PENGAIT

Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik

berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin

pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk

gelung pada benang dan merangkaikannya antara

satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum.

Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan

banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000

jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan

dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat

pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus

hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik

berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis

pakaian yang lain, dan langsir.

UMUM 

Kembali ke atas