Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.dah] | رنده

Definisi : 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (som­bong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg ber­pen­dapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) per­mulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan di­anggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutu­nya); orang ~ orang biasa yg tidak ber­pangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat meng­untungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, me­nurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki me­nurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkat­nya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi ke­hina­­an, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) me­rendahkan, perihal (proses dsb) merendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : ; riuh-~ riuh gemuruh, sangat riuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal; murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang yg mutunya ~. 9 be­lum maju lagi; mundur: keadaan hidup yg masih ~. ~ hati (diri) tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun, dia sentiasa ~. ~ hati (diri) menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Rendah gunung tinggi harapan.

Bermaksud :

Harapan yang sangat besar.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
secondary electron  Jenis elektron tenaga rendah yang dihasilkan daripada tindak balas tidak anjal, antara alur elektron primer dan sampel. Elektron tenaga rendah amat berguna bagi tujuan pemeriksaan topografi permukaan sampel.
Cooper pair  Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor.
low energy electron diffraction (LEED)  Belauan elektron bertenaga 5 eV - 500 eV oleh suatu hablur. Elektron yang terserak tanpa kehilangan tenaga dipecutkan ke skrin pendarfluor untuk menghasilkan corak belauan. Belauan ini digunakan untuk mengkaji struktur permukaan hablur tunggal.
low-voltage scanning electron microscope (LVSEM)  Mikroskop elektron yang beroperasi pada voltan pemecut 5 kiloelektronvolt (keV) atau kurang. Mikroskop elektron konvensional menggunakan voltan 10 � 1000 kilovolt.
large porous particle (LPP)  Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan.
compact scanning electron microscopy  Kaedah yang digunakan untuk mengimbas elektron dengan menggunakan voltan rendah bagi menghasilkan imej kontras permukaan pada resolusi yang tinggi.
Raman scattering  Keadaan penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum.
siderophore  Molekul yang mengikat dan mengangkut ion besi Fe3+, dalam organisma atau tumbuhan. Ion besi mempunyai kelarutan yang rendah pada pH neutral dan tidak dapat digunakan oleh organisma atau tumbuhan. Molekul ini melarut ion sebagai kompleks Fe3+ dan seterusnya diangkut ke tempat yang dikehendaki.
Coulomb blockade nanotube  Nanotiub yang meningkatkan rintangan pada voltan pincang kecil dalam alat elektronik yang mengandungi sekurang-kurangnya satu simpang terowong kapasitans rendah. Proses ini berlaku berasaskan kesan penghalang Coulomb yang hanya terdapat pada bahan berstruktur nano seperti nanotiub dan bintik kuantum.
wet chemical process  Satu proses menghasilkan bahan tertentu bermula daripada larutan bahan kimia seperti sol-gel dan sepemendakan. Proses ini merupakan teknik kos rendah untuk menyediakan nanozarah, bintik kuantum, nanorod dan nanowayar.
123

Kembali ke atas