Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.né/] | رينيق

Definisi : (rénék) pendek, rendah: budak ~; anjing itu jenis ~; pokok ~ pokok yg kecil dan berbatang keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.né/] | رينيق

Definisi : (rénék); merenek gementar, meng­geletar (suara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.né/] | رينيق

Definisi : /rénék/ tidak tinggi; rendah: pokok ~ pokok kecil yg berteras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renek
Rujuk :rendah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semakan terjemahan You gave those bushes a nice trim. Awak memotong pokok renek itu dengan baik sekali. *Saya menggunakan pokok renek kerana bushes itu merujuk kepada rose bush bukan semak atau belukar. Terima kasihAnda memotong pokok renek itu dengan baik sekali.Penyemakan dan penterjemahan06.11.2017
perkataan yang sinonim dengan "pokok renek"?Perkataan yang sinonim dengan pokok renek ialah pendek, tidak tinggi atau rendah.Makna08.05.2007
Belukar di belakang rumah Pak Borhan penuh dengan pokok-pokok yang( ) Ada 4pilihan A nipis B renek C kerdil D pendek Mana satu ialah jawapan Terima kasih

Jawapan yang betul ialah B. renek. Belukar di belakang rumah Pak Borhan penuh dengan pokok-pokok renek.   

Tatabahasa16.10.2021
apakah maksud "sangga"Sangga I : benda yang digunakan untuk menopang (menahan dll) dari bawah.
Sangga II : ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia.
Sangga III : Kelantan 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan.
Sangga IV : Jawa; ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat).
Sangga V: Kedah; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~.
Makna11.01.2013
Assalamualaikum.Saya ingin tahu apakah yang dimasudkan bagi istilah "Alamanda"Boleh pihak DNP jelaskan dengan kadar yang secepat mungkinAlamanda ialah tumbuhan renek (perdu) bergetah yang banyak ditanam sebagai tanaman hias, bunganya besar-besar berwarna kuning dan berbentuk trompet.Makna17.03.2008
mohon semakan penggunaan perkataan vista alamanda untuk menamakan sesebuah bangunanSalam sejahtera,

Tuan,

Nama Vista Alamanda boleh digunakan untuk menamakan sesebuah bangunan kerana mempunyai makna dalam bahasa kebangsaan.
Vista membawa maksud pemandangan, manakala alamanda merupakan sejenis pokok renek atau bunganya.
Sekian, terima kasih.
Makna29.05.2017
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil?Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul.

1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk.

2) Buah rambutan itu masih muda.
 
3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja.
Tatabahasa05.03.2013
Assalamualaikum....apakah istilah pendua, peniga, pengempat, pelima, pengenam, penujuh dan seterusnya boleh digunakan bagi menunjukkan bilangan salinan dalam satu dokumen asal.

Istilah pendua (duplicate) dan peniga (triplicate) yang merujuk kepada bilangan salinan ada dalam pangkalan data istilah kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pelima bermaksud berlimau pada hari tamat belajar bersilat, dan penujuh bermaksud 1. kenduri kerana menujuh hari 2. sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, merah. Perkataan pengempat dan pengenam tidak ada dalam pangkalan data kami.

Istilah11.02.2011
1.Bagi monolog, tanda petik manakah yang tepat digunakan? Tanda petik seperti dialog ataupun tanda petik tunggal? 2. Bagi kiasan (double meaning), adakah perlu menggunakan tanda petik tunggal. Terangkan secara terperinci penggunaan tanda petik tunggal. 3. Bagi species haiwan, tumbuhan, dan sebagainya, perlukah kita menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contoh: Memerang Licin.Bagi monolog dan kiasan tanda petik tunggal (' ') digunakan. Haiwan dan tumbuhan ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil seperti harimau, memerang licin dan pokok renekEjaan17.08.2011
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008
12

Kembali ke atas