Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (per­sahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupan­ku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku me­ngerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) me­reng­gangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : ; merenggang; ~ gawai (Palem­bang) ark memperkosa perempuan, merogol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : 1 tidak rapat (bkn dinding, lantai dll); ada selanya atau ada antaranya. 2 ki tidak karib atau tidak erat lagi (bkn perhubungan, persahabatan dll): Perbalahan menyebabkan perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. berenggang berantara; berjauhan; berpisah: Kedua-dua sahabat itu ti­dak pernah ~. merenggangkan men­­ja­dikan atau menyebabkan renggang: ~ tangan; ~ persahabatan. mem­perenggang menjadikan lebih renggang. kerenggangan keadaan atau hal renggang. perenggang alat dll yg merenggangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renggang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rapat: bersela
Berantonim dengan bertutup

2. Bersinonim dengan kurang erat: ganggang, kurang karib, kurang mesra, kurang rapat,
Berantonim dengan erat

3. Bersinonim dengan jarang: bercelah, renggang, bersela, berselang, ganggang,
Berantonim dengan rapat

Kata Terbitan : berenggang, merenggang, merenggangkan,

Puisi
 

Petang-petang alah peraga,
     Masak susu linggang-linggang;
Petang-petang abang ada,
     Katup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
loosened grainira renggang/serat renggangira renggangira renggangPerhutanan
backlashrenggangrenggangrenggang belakangKejuruteraan Automotif
open jointrekatan renggangrekatan renggangrekatan renggangPerhutanan
pubic symphysis diastesisrenggang simpisis pubisrenggang simpisis pubisrenggang simpisis pubisPerubatan
open tufted bamboobambu berumpun renggangbambu berumpun renggangbambu berumpun renggangPerhutanan
lashrenggangruang lega kecilrenggangKejuruteraan Automotif
gap jointsambung renggangtanggam lekang/tanggam renggangtanggam renggangPerhutanan
axial playrenggang aksiallegaan paksirenggang paksiKejuruteraan Automotif
splay footkaki renggangkaki ranggangkaki renggangPerubatan
sector lashrenggang sektorpenghubung anjakrenggangan sektorKejuruteraan Automotif

Kembali ke atas