Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : (réngsa) 1. lemah badan, tidak ber­tenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid me­nyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : (réngsa); ~ sengsara = remuk ~ menderita kesusahan hidup, berasa sangat sengsara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : /réngsa/ 1 tidak bertenaga; lemah badan; malas utk melakukan sesuatu. 2 = ~ sengsara, remuk ~ berasa sangat sengsara; menderita kesusahan hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : /réngsa/; merengsa sukar atau susah utk sembuh (bkn penyakit, luka dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : /réngsa/ tidak menyenang­kan; mengganggu. merengsakan me­nyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang. kerengsaan keadaan atau rasa terganggu (tidak senang): Ubat itu dpt menghilangkan ~ pd mata. perengsa sesuatu yg mengganggu atau yg tidak menyenangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rengsa
Rujuk :malas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di manakah saya boleh mencari rujukan cara sebutan perkataan dengan tanda vokalnya? Sebagai contoh, cara yang betul menyebut rengsa.Kamus Dewan tidak memasukkan panduan sebutan pada setiap entri. Walau bagaimanapun bagi beberapa perkataan yang agak mengelirukan ada panduan sebutan. Contohnya, perkataang rengsa boleh dilihat dalam laman web kami rengsa">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rengsa, réngsa - ialah e taling, jika e pepet tidak diberikan tanda di atasnya.Tatabahasa01.10.2015

Kembali ke atas