Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rén.jer] | رينجر

Definisi : (rénjer) 1. orang yg tugasnya meronda atau mengawasi hutan, taman negara, dsb; 2. unit tentera yg terlatih khas utk melakukan serangan terhadap kawasan musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rén.jer] | رينجر

Definisi : /rénjer/ pasukan yg meronda sesuatu kawasan; pasukan peronda: ~ hutan orang yg kerjanya mengawal hutan; pengawal hutan (dlm jabatan perhutanan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata renjer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RENJER

Renjer ialah unit khusus rejimen infantri dalam

pasukan tentera Amerika Syarikat. Pasukan renjer

diberi latihan yang lebih keras daripada rejimen

infantri lain. Pasukan renjer ditubuhkan pada

tahun 1942, semasa Perang Dunia II (1939–1945) di

bawah pimpinan Kolonel William O. Darby.

UMUM 
RENJER ROGERS

Renjer Rogers ialah peninjau bagi Tentera

British semasa Perang Tujuh Tahun (1756–1763).

Robert Rogers (1731–1795) mengetuai pasukan

renjer itu. Dia terkenal sebagai seorang komander

yang berani dan pengikutnya sentiasa mengikut ke

mana sahaja dia pergi. Para anggotanya terdiri

daripada orang yang garang dan kasar serta tidak

berdisiplin. Mereka selalu menghadapi masalah

dengan pegawai atasan.

UMUM 
RENJER TEXAS

Renjer Texas ialah nama satu pasukan pegawai

polis khas di negeri Texas, Amerika Syarikat.

Pasukan ini berkhidmat di bawah bidang kuasa

Jabatan Keselamatan Awam Negeri.

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 

Kembali ke atas