Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.jis] | رنجيس

Definisi : percik, recik; merenjis mengenakan air dgn memercik­kannya: kain-kain direnjis dgn air sebelum diseterika; merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air; merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit; merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali: seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru tiba itu; renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar; perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjis­kan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua mempelai; perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.jis] | رنجيس

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau-limau, pokok temin, semantan, Taxotrophis macrophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.jis] | رنجيس

Definisi : ; merenjis memercikkan air dll pd: Upacara ~ pengantin telah selesai. merenjiskan memercikkan (air dll): Sambil duduk-duduk, dia ~ air pd kain bajunya yg hendak digosok. perenjis 1 alat yg digunakan utk merenjis. 2 orang yg merenjis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renjis
Kata Terbitan : merenjis, renjisan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sprinkler irrigationpengairan renjisPertanianTiadaKaedah pengairan dengan air di sembur kepada permukaan tanah melalui muncung yang dikawal oleh satu sistem tekanan.
sprinkler irrigationpengairan renjisPertanianAgroteknologiKaedah mengaplikasi air pada tanaman dengan cara hujan buatan atau simulasi dengan memaksa air di bawah tekanan melalui berbagai-bagai jenis penyembur.

Kembali ke atas