Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntak) ® rentak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hentaman kaki, hentak: ia men­jawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat; berentak mengikut, mempunyai atau me­makai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan di­dendangkan dlm majlis itu; merentak, merentak-rentak meng­hentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; merentakkan; ~ kaki menghentakkan (meng­­­­hentamkan) kaki. perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : renggut, sentak; merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; terentak tersentak, tergoncang, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; serentak bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réntak/; merentak menarik dgn cepat dan kuat; menyentak; merenggut: Orang itu ~ rantainya hingga putus. terentak tertarik dgn kuat; tersentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 hentakan kaki ke lantai dll kerana marah dsb: Dia menjawab dgn ~ dan marahnya. 2 = ~ lagu (muzik) tempo yg teratur dlm lagu; irama; tingkah: Sekaliannya bertepuk tangan, mengikut ~ muzik. berentak mempunyai rentak: Lagu itu ~ joget. merentak menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. merentakkan; ~ kaki menghempaskan kaki; menghentakkan kaki. perentak, = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. serentak bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentak (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: rima, ritma, tempo, intonasi,

2. Bersinonim dengan gaya: kelakuan, tingkah, perlakuan, tindak-tanduk,

Kata Terbitan : merentak-rentak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih.

Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut:

1) Novel: Rentak Galur

Nama penulis: Sarimah Othman

Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang).

No. E-mel: im-othman@yahoo.com

 

2) Novel: Epilog Sekeping Hati

Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk

Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 012-2507498

No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com 

 

Lain-lain28.05.2008
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya.Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih.Tatabahasa23.10.2008
Salam sejahtera. Apakah istilah "beatbox" dan "emoji" di dalam bahasa melayu? Sekian, terima kasih!Dalam bidang muzik, padanan bagi istilah “beatbox” ialah “rentak muzik”. Manakala istilah “emotikon” digunakan bagi merujuk ikon untuk melambangkan perasaan dalam Internet.Istilah29.07.2020
Bagaimanakah cara menulis judul lagi seperti ayat berikut? Perlu dicondongkan ataupun tidak, perlu tanda pembuka dan penutup kata ataupun tidak? Contoh ayat: Pada mulanya kami menyanyi lagu “On Top of Old Smokey” mengikut rentak asalnya.Contoh menulis judul lagu yang puan berikan adalah betul, iaitu meletakkan tanda petik pada awal dan akhir judul tanpa mencondongkan tulisan.Lain-lain10.03.2017
Istilah bidang muzik - Swing Era. Bolehkah perkataan "swing" dikekalkan dengan dieja condong?

Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Jika kita mengambil jalan mudah memang boleh digunakan tanda buka dan tutup pengikat kata. tetapi jika ada perkataan yang lebih sesuai contohnya rentak ,ayunan, lambaian dan sebagainya (jika sesuai ) gunakanlah bahasa Melayu kita.

Makna20.10.2009
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007
Apakah kata ganda berima bagi jerihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135  atau  buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP.Istilah21.02.2009
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya berkaitan perkataan raya. Kebanyakan kata nama yang bergabung dengan raya akan membentuk kata majmuk. Cuma, terdapat kekeliruan berkaitan perkataan kaya raya yang dikategorikan dalam kata ganda berentak, iaitu kaya-raya. Bolehkah tuan terangkan proses pembentukan kata tersebut yang tergolong sebagai kata ganda berentak dengan lebih lanjut?Walaupun perkataan “kaya” dan “raya” kedua-duanya memiliki maksud yang tersendiri, namun perkataan “kaya-raya” yang membawa maksud sangat kaya termasuk dalam kata ganda berentak. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Maka, kata ganda “kaya raya” perlu dieja sebagai “kaya-raya”. Contoh lain kata ganda berentak ialah “hina-dina”, “gundah-gulana”, “haru-biru” atau “kacau-bilau”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 986, Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2015), halaman 692 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 138.

Tatabahasa17.01.2024
Merujuk kepada jawapan yang diberikan sebelum ini bahawa istilah rapper tiada dalam data DBP, jadi apakah istilah yang kini digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada mereka yang melakukan muzik rap? Terima kasih.

Berdasarkan semakan dalam data DBP, sehingga kini belum ada lagi istilah rapper. Namun begitu, Istilah “rap” telah pun ada dalam Kamus Seni Muzik terbitan DBP. Dalam Kamus tersebut rap ialah naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip hop yang muncul dalam masyarakat  orang kulit hitam pada tahun 1970-an. Berkemungkinan rap diambil dari istilah rapper. Oleh itu, kami mencadangkan istilah rap boleh digunakan di Malaysia.

Istilah24.05.2017
soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan?1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat.

Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014
12

Kembali ke atas