Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntak) ® rentak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hentaman kaki, hentak: ia men­jawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat; berentak mengikut, mempunyai atau me­makai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan di­dendangkan dlm majlis itu; merentak, merentak-rentak meng­hentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; merentakkan; ~ kaki menghentakkan (meng­­­­hentamkan) kaki. perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : renggut, sentak; merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; terentak tersentak, tergoncang, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; serentak bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réntak/; merentak menarik dgn cepat dan kuat; menyentak; merenggut: Orang itu ~ rantainya hingga putus. terentak tertarik dgn kuat; tersentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 hentakan kaki ke lantai dll kerana marah dsb: Dia menjawab dgn ~ dan marahnya. 2 = ~ lagu (muzik) tempo yg teratur dlm lagu; irama; tingkah: Sekaliannya bertepuk tangan, mengikut ~ muzik. berentak mempunyai rentak: Lagu itu ~ joget. merentak menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. merentakkan; ~ kaki menghempaskan kaki; menghentakkan kaki. perentak, = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. serentak bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentak (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: rima, ritma, tempo, intonasi,

2. Bersinonim dengan gaya: kelakuan, tingkah, perlakuan, tindak-tanduk,

Kata Terbitan : merentak-rentak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dysrhythmiadisritmiaPerubatanTiadaGangguan rentak, misalnya gangguan rentak pertuturan.
rhythmritmaKesusasteraanTiadaPola bunyi yang mengandungi rentak berulang dengan kekerapan yang hampir sama. Ritma terdiri daripada empat hingga lima rentak. Sesebuah puisi biasanya dijelmakan melalui pola metrikal, iaitu satu urutan rentak bersukat dan tidak bersukat. Pola ini disusun dalam baris-baris puisi yang mengawal silih tekanan dalam suku kata.
qasidaqasidahMuzikTiada

 Muzik vokal improvisasi yang berasaskan puisi klasik Arab yang memuji Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasul lain. Rentak muzik berasaskan rentak lirik puisi.

mode beatingrentak modKejuruteraanTiadaRentak yang dihasilkan oleh dua mod laser diod membujur yang bersaling tindak antara satu sama lain.
design rhythmrentak reka bentukLandskapTiadaRentak atau corak berulang visual yang terhasil daripada pengulangan unsur reka bentuk.
ictusrentak menanjakKesusasteraanPuisiTekanan khusus, iaitu memberikan tekakan atau rentak yang lebih pada salah satu ujaran yang terdapat pada kata-kata dalam sesuatu baris puisi itu, sehinggakan menjadi lebih tinggi berbanding dengan bahagian-bahagian ujaran yang lain, terutama apabila dideklamasikan.
resultant rhythmrentak terhasilMuzikTiada

Gabungan rentak yang berbeza dan bertingkah yang dihasilkan oleh beberapa jenis alat membranofon dan idiofon seperti dram atau gong. Contohnya, rentak terhasil akan diperoleh apabila gedumbak, geduk dan gendang dimainkan serentak dalam sesuatu lagu wayang kulit Kelantan.

rhythmic typingpenaipan ikut rentakPentadbiran PerniagaanTiadaMenaip dengan mengikut rentak.
beatrentakKesenianDrama dan TeaterTempo yang menentukan pergerakan lakonan dalam pementasan drama. Rentak perlahan atau laju sesuatu adegan yang dirancang akan memberikan kesan dramatik.
ventricular fibrillationfibrilasi ventrikelPerubatanTiadaRentak ventrikel yang tidak normal, iaitu rentak yang cepat dan tidak sekata. Keadaan ini mengganggu pengepaman darah ke seluruh tubuh, dan lazimnya menyebabkan kematian mengejut.
12345678910...

Kembali ke atas