Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rentet
Kata Terbitan : rentetan, berentetan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rentet(réntét) 1. berhubungan satu dgn yg lain, sambung-menyambung, berangkaian; 2. berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor; rentetan 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia me­lengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; berentetan berangkaian, berturut-turut, be­runtun-runtun: tembakan kedengaran ~ di luar.Kamus Dewan Edisi Keempat
senarai(list)1. Rentetan objek yang disusun dalam satu format tertentu. 2. Tindakan memaparkan kandungan fail atau unsur tertentu ke peranti output. 3. Tatasusunan satu matra yang mengandungi nilai tertentu.Kamus Komputer
rentetan1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia me­lengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut;Kamus Dewan Edisi Keempat
nyahjerait(decatenate)1. Tindakan membuka atau memburaikan satu rentetan kepada dua atau tiga rentetan kecil. 2. Tindakan memburaikan baris paparan daripada baris paparan seterusnya atau sebelumnya.Kamus Komputer
jeraitan(concatenate)1. Tindakan menggabungkan atau mencantumkan dua rentetan aksara atau lebih menjadi satu rentetan tunggal. 2. Tindakan mencantumkan baris paparan dengan baris paparan seterusnya atau dengan baris paparan sebelumnya.Kamus Komputer
isihan luaran(external sort)1. Fasa kedua dalam pengisihan berulang kali. Rentetan data akan digabungkan berterusan sehingga salah satu rentetan yang berjujukan terbentuk. 2. Isihan data atau rekod yang dilakukan di luar atur cara.Kamus Komputer
waktu1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembah­yang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hen­daklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.Kamus Dewan Edisi Keempat
deretan1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama.Kamus Dewan Edisi Keempat
untaian1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi?Kamus Dewan Edisi Keempat
suruhan semu(dummy instruction)1. Butiran data dalam bentuk suruhan yang sengaja disisipkan di dalam rentetan suruhan untuk mencukupkan bilangan suruhan yang dihantar. Suruhan ini tidak akan dilaksanakan dan akan diabaikan oleh penerima. 2. Suruhan yang sengaja dimuatkan dalam atur cara untuk melengkapkan pusingan gelung atur cara.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas