Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.nu.ngan] | رنوڠن

Definisi : sesuatu yg direnungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nu.ngan] | رنوڠن

Definisi : 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nu.ngan] | رنوڠن

Definisi : (sesuatu) yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renung
Kata Terbitan : merenung, merenungi, renungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''.

Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita.

Lain-lain12.04.2010
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih.Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud:
1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.”
2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya."

Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
Tatabahasa26.11.2019
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) (Hidup) petani di kampung itu sangat susah sejak dilanda kemarau. (b) Nenek sedang (hidup) api dapurnya untuk memasak nasi. (c) Pandangannya menjadi (lemah) apabila menjelang malam. (d) Renungan matanya yang (halus) itu menakutkan kami. (e) Bunyi air yang menitik di atas bumbung zink itu membelah (sunyi) malam.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU?Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. Lain-lain25.03.2009
Saya Akmal Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang peribahasa berapakah bahagian peribahasa, terima kasih.Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran dan pengalaman hidup penyusunnya.Tatabahasa08.12.2013
saya mohon penyejasan untuk perkataan provokasi dan retorik dan sedikit contoh ayat yang sesuai untuk dua perkataan itu dan satu lagi dimana saya dapat mencari sejarah bahasa melayu kerana saya tertarik dalam pidatio antarabangsaProvokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan atau minat.Contoh ayat : Barangkali kamu dipukul kerana kamu memprovokasinya. Provokasi juga dikaitkan dengan membangkitkan, menimbulkan atau mencetuskan. Contoh : Biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk memprovokasi pemikiran. Retorik pula bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertutura. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Bagi membantu saudara mendapatkan sejarah bahasa melayu, saudara boleh membuat rujukan pada buku Perancangan Bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan atau Buku Susur Galur Bahasa Melayu.Makna22.04.2007
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay SevenMarcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksud masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat.Lain-lain05.02.2013

Kembali ke atas