Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : leceh, rumit, susah (kerana me­merlukan tenaga, benda, dll yg banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ me­ngerjakannya; berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat be­renyah-renyah spt orang muda; 2. = me­renyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak senang hati; gelisah; risau: Ia berasa sangat ~ kerana anaknya belum pulang lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renyah (adjektif)
Bersinonim dengan leceh, rumit, sulit, sukar, payah, kompleks;,
Kata Terbitan : berenyah-renyah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
murid saya suka menggunakan perkataan terdapat pada permulaan ayat. Contohnya: ... novelnya ialah Renyah.... Terdapat banyak persoalan... Bolehkah perkataan terdapat digunakan pada awal ayat?"Terdapat" boleh digunakan pada permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.Tatabahasa26.10.2012

Kembali ke atas