Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pli.ka] | ريڤليکا

Definisi : (réplika) 1. model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, catan, dll, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ sebuah meriam zaman kesultanan Melaka akan dipamerkan di Muzium Melaka; 2. seseorang atau sesuatu yg sifat-sifatnya hampir-hampir menyamai sifat-sifat seseorang atau sesuatu yg lain: malangnya media di dunia Islam adalah semata-mata ~ media Barat; mereplikakan membuat atau meniru se­suatu objek (spt bangunan dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur juga memerlukan kreativiti pem­buatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pli.ka] | ريڤليکا

Definisi : /réplika/ model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ menara itu diberikan sbg buah tangan kpd para pengunjung. mereplikakan membuat sesuatu objek, spt bangunan, jentera dlm bentuk replika: Kerja ~ bangunan itu memerlukan daya kreatif pembuatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata replika


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boilerplateplat replikaAeroangkasaTiada2. Plat replika: Replika pesawat yang saiz, bentuk dan beratnya sama dengan pesawat sebenar untuk tujuan pengujian.
hot standbysiap sedia panasTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerihal menyediakan keupayaan sandaran atas talian dengan memasang sistem replika yang mengandungi semua aktiviti dan aliran data sistem komputer asal. Sistem replika ini bersedia mengambil alih semua fungsi sistem asal sekiranya berlaku kerosakan yang tidak dijangkakan.
cloneklonSains ForensikTiada1. Kumpulan sel atau organisma yang dihasilkan melalui pembahagian aseksual sel induk secara berulangan. 2. Replika jujukan DNA yang seiras yang dapat dihasilkan melalui pengantara pengklon dan manipulasi gen. 3. Proses menghasilkan replika jujukan DNA yang mencukupi daripada sumber yang sedikit supaya maklumat genetik dapat dikaji dengan lebih lanjut dalam kajian forensik atau penyakit.
replicareplikaFizikTiadaTiada
replicareplikaKimiaTiadaTiada
replicareplikaPerubatanTiadaTiada
replicareplikaPerhutananTiadaTiada
replicareplikaKejuruteraanTiada1. Saput bukan organik atau plastik nipis yang terbentuk pada permukaan dan ditanggalkan daripadanya untuk kajian menggunakan mikroskop elektron.
replicareplikaGeografiTiadaTiada
replicareplikaPentadbiranTiadaTiada
1234

Kembali ke atas