Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rép.ti.lia] | ريڤتيليا

Definisi : (réptilia) haiwan berdarah sejuk, spt buaya, ular, cicak, dan kura-kura, yg bernafas dgn paru-paru, bertelur, dan badannya diliputi kulit keras atau bersisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rép.ti.lia] | ريڤتيليا

Definisi : /réptilia/, = binatang (haiwan) ~ (jenis) binatang melata (spt cicak, ular) yg bertelur dan suhu badannya berubah mengikut keadaan sekeliling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reptilia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REPTILIAp>

Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang

kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru.

Terdapat lebih kurang 6500 spesies (jenis) reptilia,

dan ia membentuk satu daripada kelas vertebrat

(haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk

aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara.

UMUM 
ALIGATOR

Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada

kaitan dengan buaya. Aligator Amerika hidup di air

dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat.

Aligator China hidup di hilir Lembah Sungai

Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat

dengan aligator ialah cayman di Amerika Tengah

dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali

sebagai aligator.

UMUM 
PTEROSAUR

Pterosaur ialah anggota sekumpulan reptilia

terbang yang telah pupus. Pterosaur hidup pada

Era Mesozoik, dari kira-kira 240 juta hingga 65 juta

tahun dahulu. Fosilnya telah dijumpai di setiap

benua.

UMUM 
DINOSAUR

Dinosaur ialah nama sejenis reptilia yang hidup

berjuta-juta tahun dahulu. Perkataan dinosaur

berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna cicak yang dahsyat. Tetapi, dinosaur

bukan cicak. Malah, saiz sesetengah dinosaur

adalah menakutkan. Dinosaur yang paling besar

ialah haiwan yang paling besar pernah hidup

di darat. Beratnya lebih daripada 10 kali ganda

berat gajah dewasa. Hanya beberapa jenis paus

membesar lebih daripada dinosaur ini.

UMUM 
KURA-KURA

Kura-kura ialah reptilia bercangkerang yang

hidup di darat. Hanya kepala, ekor dan kaki

kura-kura yang nampak di luar cangkerangnya

dan ia boleh menarik kesemua ini ke dalam

cangkerangnya apabila ada bahaya. Kebanyakan

spesies kura-kura ialah makhluk yang berjalan

lambat yang bercangkerang seperti kubah.

Cangkerang kura-kura terdiri daripada plat yang

dikenali sebagai skute. Ini biasanya bertelau-telau

dengan warna perang, kuning atau hitam dan

mungkin bercorak garis-garis atau lingkaran yang

berpencaran. Spesies kura-kura yang berlainan

berbeza-beza panjangnya dari lebih kurang 10

hingga 140 sentimeter.

UMUM 
PARU-PARU

Paru-paru ialah organ pernafasan utama

mamalia, burung, reptilia dan kebanyakan amfibia

dewasa. Tugas utama paru-paru adalah menukar gas.

Apabila darah mengalir melalui paru-paru, ia

mengambil oksigen dari udara dan membebaskan

karbon dioksida. Badan memerlukan oksigen untuk

membakar makanan bagi mendapatkan tenaga dan

ia menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan

buangan. Rencana ini membincangkan paru-paru

manusia, tetapi paru-paru haiwan lain berfungsi

dengan cara yang sama.

UMUM 
MOMOK TASMANIA

Momok Tasmania ialah haiwan garang yang

hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan

mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan

yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada

waktu malam dan menghabiskan waktu siang di

gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat

perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih

kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya

yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya.

Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda

putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam

seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial.

Marsupial betina melahirkan anak yang tidak

terbina dengan baik. Seperti kebanyakan

marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam

kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu

ibunya sehingga ia membesar dengan lebih

sempurna.

Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong

dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus

harrisii .

UMUM 
ARCHAEOPTERYX

Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan)

haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta

tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan

sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia

yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil.

Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu

yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung.

Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan

Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx

yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an

dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di

Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan

bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia.

UMUM 
ZOO

Zoo ialah tempat haiwan liar dijaga dan

dipamerkan. Kebanyakan zoo yang besar

mempamerkan mamalia, burung, reptilia, dan

amfibia dari serata dunia.

UMUM 
MEMBRAN KELIPAN

Membran kelipan ialah membran nipis di

bawah kelopak mata yang boleh ditarik untuk

menutupi bola mata. Burung dan kebanyakan

reptilia mempunyai membran tersebut, tetapi

manusia tidak mempunyainya.

UMUM 
12

Kembali ke atas