Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pub.li.kan] | ريڤوبليکن

Definisi : (républikan) orang (parti politik) yg menganut faham ketatanegaraan yg ber­bentuk republik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata republikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARTI REPUBLIKAN

Parti Republikan ialah salah satu daripada dua

parti politik yang utama di Amerika Syarikat, selain

Parti Demokratik. Parti Republikan sering dikenali

sebagai G.O.P. yang bermaksud Grand Old Party,

nama timangan yang diberi oleh ahli Parti

Republikan kepada parti tersebut pada tahun 1880-

an.

UMUM 
MCCARTHY, JOSEPH RAYMOND

McCarthy, Joseph Raymond (1908–1957) ialah

senator Republikan Amerika Syarikat yang

kontroversi dari Washington.

UMUM 
MAZZINI, GIUSEPPE

Mazzini, Giuseppe (1805–1872) ialah patriot Itali

dan pemimpin republikan yang memainkan peranan

penting dalam menyatukan Itali pada tahun 1861.

UMUM 
SCALAWAG

Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika

Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit

hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal

politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika.

Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan

ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan

memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang

biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna.

Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga,

dan peladang yang menentang perpisahan

(pengunduran) daripada kesatuan sebelum

peperangan. Orang Scalawag yang lain,

kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin

dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat

orang scalawag yang mendapat keuntungan

peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak

Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan

masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup.

Orang Scalawag membantu membangunkan

semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan

undang-undang yang membolehkan golongan kulit

hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka

menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa

semula di Selatan.

UMUM 
REAGAN, RONALD WILSON

Reagan, Ronald Wilson (1911–2004) ialah

Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga

tahun 1989. Dia menganggotai parti Republikan

dan pertama kali dipilih ke Rumah Putih pada

tahun 1980. Reagan adalah seorang presiden yang

popular. Pada tahun 1984, dia memenangi

pemilihan semula sebagai presiden setelah

mengalahkan calon Demokrat, Walter F. Mondale,

dengan majoriti yang besar.

UMUM 
NAST, THOMAS

Nast, Thomas (1840–1902) ialah kartunis politik

Amerika. Dia mempopularkan simbol-simbol

politik yang terkenal iaitu Keldai Demokrat, Gajah

Republikan, dan Harimau Tammany. Karikatur

Harimau Tammany yang dilukisnya menolong

memecahkan organisasi politik yang terkenal, yang

diketuai oleh William “Bpss” Tweed di New York

City.

UMUM 
SEWARD, WILLIAM HENRY

Seward, William Henry (1801–1872),

berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika

Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861–

1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang

terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi

tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan

calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk

pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet

Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab

kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar

negara, negara-negara Eropah tidak memberi

sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri

Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang

yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada

malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang

lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya

sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden

Andrew Johnson.

UMUM 
PARTI DEMOKRAT

Parti Demokrat ialah parti tertua antara dua

parti politik utama di Amerika Syarikat. Selain Parti

Republikan, Parti Demokrat memainkan peranan

yang penting dalam sejarah dan politik Amerika

Syarikat. Dari tahun 1828 hingga tahun 1992, Parti

Demokrat memenangi undi sebanyak 19 daripada

42.

UMUM 
SHERMAN, JOHN

Sherman , John (1823–1900) ialah negarawan Amerika.

Dia menjadi masyhur kerana memperkenalkan undang-undang perak dan

antitrust yang menggunakan namanya (lihat

Undang-undang antitrust). Selama hampir 50 tahun

Sherman memegang jawatan di Washington D.C.,

sama ada sebagai ahli Kongres Republikan atau

dalam Kabinet. Dia dipilih ke Dewan Perwakilan

dari Ohio pada tahun 1854, dan dipilih ke Dewan

Senat tujuh tahun kemudian. Sherman berkhidmat

sebagai setiausaha perbendaharaan dari tahun

1877 hingga tahun 1881, dan kemudian kembali

semula ke Dewan Senat. Jawatan awamnya yang

terakhirnya ialah sebagai setiausaha negara pada

tahun 1897 dan tahun 1898.

Sherman lahir di Lancaster, Ohio. Semasa

Perang Saudara Amerika (1861–1865), saudara

kepada Sherman, William T. Sherman menjadi

seorang jeneral terkenal untuk pihak Kesatuan

(lihat Sherman, William T.).

UMUM 

Kembali ke atas