Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.pu.tan] | رڤوتن

Definisi : benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.pu.tan] | رڤوتن

Definisi : benda yg reput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reputan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radioactive decay chainrantaian reputan radioaktifFizikAtom dan NuklearSiri nuklid yang dikaitkan dalam suatu rantaian oleh reputan radioaktif. Setiap nuklid dalam rantaian tersebut mereput kepada yang berikutnya hingga kepada suatu nuklid yang stabil. Sinonim rantaian reputan, rantaian penyepaian, siri reputan, siri penyepaian.
radioactive decay constantpemalar reputan radioaktifFizikAtom dan NuklearPemalar perkadaran reputan bagi suatu nuklid yang diungkapkan sebagai: dengan T½ adalah setengah hayat nuklid tersebut. Contohnya, suatu sampel mengandungi No atom radionuklid tertentu akan mempunyai aktiviti asal setara dengan Ao = dN/dt = -ΛNo. Apabila masa berlalu, aktiviti akan berkurangan dan dinyatakan sebagai A = Ao e-lt. Sinonim pekali reputan, pemalar penyepaian separa, pemalar radioaktif, pekali reputan radioaktif.
decayreputan/susutanAeroangkasaTiada3. Reputan: Pengurangan altitud orbit disebabkan geseran atmosfera.
decayreputan/susutanKejuruteraanTiada1. Reputan: Pengurangan keaktifan punca radioaktif secara beransur-ansur melalui penjelmaan pada anak keluaran.
decayreputanFizikAtom dan NuklearLihat reputan radioaktif.
decay curvelengkung reputanFizikAkustiklih. lengkung reputan bunyi.
decay chainrantaian reputanFizikAtom dan NuklearLihat rantaian reputan radioaktif.
decay coefficientpekali reputanFizikAtom dan NuklearLihat pemalar reputan radioaktif.
decay seriessiri reputanFizikAtom dan NuklearLihat rantaian reputan radioaktif.
radioactive decay coefficientpekali reputan radioaktifFizikAtom dan NuklearLihat pemalar reputan radioaktif.
12345678910...

Kembali ke atas