Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rerambut 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud: 1. Tetupai 2. Rerambut terima kasih..Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Rerambut ialah saluran darah yang halus-halus, atau sesuatu yang menyerupai rambut.Tatabahasa18.06.2014
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
Salam sejahtera, 1.Perkataan tinja merupakan frasa kerana boleh dikembangkan.Contohnya tinja ayam.Jadi, tinja ayam boleh digolongkan sebagai kata majmuk? Anak murid tahun tiga tanya cikgu tetapi guru tidak pasti.Minta pencerahan.Terima kasih. 2. Bagaimanakah pula dengan ' tandas lelaki'? Bolehkah digolongkan sebagai kata majmuk?Sila beri pencerahan.Terima kasih. 3. Bolehkah semua kata ganda penuh ditukar menjadi kata ganda separa? Contohnya 'kotak-kotak' menjadi 'kekotak'.Mengikut kefahaman saya, hanya kata ganda penuh yang membawa maksud tunggal boleh ditukar menjadi kata ganda separa.Contohnya, 'kupu-kupu' membawa maksud satu atau tunggal. Oleh itu, boleh ditukar menjadi kata ganda separa, iaitu kekupu.(soalan ini juga dikemukakan oleh anak murid tahun tiga saya).Sila pencerahan.
Dalam bidang linguistik, kata majmuk bermaksud kata yang merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yang dianggap sebagai satu unit dan mempunyai satu pengertian (misalnya bumiputera, papan hitam, dan lain-lain). Tahi ayam, tandas lelaki bukan merupakan kata majmuk tetapi frasa nama.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.


Tatabahasa05.11.2020

Kembali ke atas