Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[res.mi] | رسمي

Definisi : sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat): kanak-kanak dr kecil lagi telah memiliki ~ atau kelakuan serta pem­bawaan yg tersendiri; apabila menerangkan sifat-sifat sesuatu benda, eloklah dikumpul­kan sifat-sifat atau ~-~nya ke dlm dua kategori; baik membawa ~ ayam betina prb lebih baik merendahkan diri (supaya selamat dlm hidup), resam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[res.mi] | رسمي

Definisi : sifat semula jadi bagi sesuatu: Ikut ~ padi, makin berisi makin tunduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resmi
Rujuk :resam

Puisi
 

Cedok air dengan baldi,
     Cedok nasi dengan senduk;
Baik dibawa resmi padi,
     Semakin berisi semakin tunduk.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut:
Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong.
Lain-lain19.05.2012
Saya pelajar kelas dasar Universiti Fatoni ingin bertanya tentang makna dalam bahasa melayu, perkataan resmiLihat resmi">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=resmi untuk maklumat lanjut maksud perkataan resmi.Makna07.04.2015
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah benar, a) Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk? ATAU b) Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua ialah:


Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :
Tidak sombong; rendah diri.
Sastera26.07.2018
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'?Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggiMakna06.08.2007
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai perkataan KITOSAN . Adakah perkataan ini dimuatkan didalam kamus resmi Bahasa Malaysia , dan jika ada termaktub sebagai perkataan resmi, bilakah tarikh ianya didaftarkan.Kata Kitosan merupakan istilah dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berkaitan tarikh kata tersebut didaftarkan.Istilah02.08.2022
ejaan sebenar bagi 1.mukjizat 2.tawakkal 3.ikhtiar 4.qhada 5.resmi. 6.tan naim 7.zulhijjah

Ejaan sebenar perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut; 1. mukjizat  2. tawakal  3. ikhtiar 4.  qada  6. resmi ( sifat semula jadi) dan rasmi (formal) 6. perkataan ini tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaan. 7. zulhijah

Ejaan16.01.2009
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

 

2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta.

Makna10.12.2008
Bagi permulaan surat resmi dalam jabatan: 1. Ketua Pengarah. Tajuk Surat: 2. YBhg Ketua Pengarah. Tajuk Surat : Mana yang betul?Tuan, kami tidak jelas dengan soalan tersebut. Mohon dapat kemukakan soalan dengan lebih menyeluruh.
Walau bagaimanapun, lazimnya dalam penulisan surat, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah. Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... 
Tatabahasa23.06.2015
Untuk iklan kain rentang (PEMBUKAAN RESMI) atau (PEMBUKAAN RASMI)Ejaan yang betul ialah 'Pembukaan Rasmi'.Ejaan17.01.2008
Kami memerlukan maklum balas tuan untuk borangn Resit Resmi bagi sejumlah wang diterima bagi bayaran tertentu, butiran yang mana lebih menepati bahasa : 1. DITERIMA DARI atau DITERIMA DARIPADA 2. Orang yang mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran yang diterima : PENERIMA atau DISEDIAKAN OLEH atau DITERIMA OLEHJawapan yang betul ialah  DITERIMA DARIPADA, manakala jawapan kedua ialah PENERIMA dan DITERIMA OLEHLain-lain03.06.2021
12

Kembali ke atas