Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rés.pi.ra.si] | ريسڤيراسي

Definisi : (réspirasi) 1. pernafasan: sistem ~ bermula dr hidung dan mulut; 2. (Bio) proses penguraian kimia yg berlaku dlm sel orga­nisma, dgn penghasilan tenaga dan karbon dioksida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rés.pi.ra.si] | ريسڤيراسي

Definisi : /réspirasi/ ist perbuatan atau proses menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida; pernafasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata respirasi


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
respirasi selcell respirationProses tindak balas kimia antara glukosa dan oksigen yang berlaku dalam sel hidup, menghasilkan tenaga dan karbon dioksida.Menengah Rendah
respirasirespirationProses penghasilan tenaga melalui pemecahan molekul makanan.Menengah Rendah
respirasi aerobaerobic respirationRespirasi yang berlaku dengan kehadiran oksigen, untuk mengoksidakan sebatian organik, terutama glukosa, bagi menghasilkan karbon dioksida, air, dan tenaga.Menengah Atas
titik pampasancompensation pointTakat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis.Menengah Atas
struktur respirasirespiratory structureStruktur yang disesuaikan berdasarkan keperluan organisma terhadap oksigen. Hidupan seni seperti protozoa menukar oksigen dan karbon dioksida merentasi keseluruhan permukaan badan.Menengah Atas
permukaan respirasirespiratory surfacePermukaan epitelium yang nipis dan lembab yang membolehkan pertukaran gas berlaku.Menengah Atas
biogasbiogasGas mudah terbakar yang terhasil daripada penapaian najis haiwan melalui respirasi anaerob bakteria. Biogas digunakan sebagai sumber tenaga. Contohnya, metana.Menengah Rendah
karbon dioksidacarbon dioxideGas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan.Menengah Rendah
oksigenoxygenUnsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas dalam atmosfera kira-kira 21%, yang membantu pembakaran dan diperlukan dalam respirasi sel.Menengah Rendah

Kembali ke atas