Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rés.pon.sif] | ريسڤونسيف

Definisi : (résponsif) segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yg bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata responsif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
responsive capabilitykeupayaan responsifSains PolitikTiadaTiada
responsive course designreka bentuk kursus responsifTeknologi Maklumate-PembelajaranPaparan antara muka sesuatu sistem e-pembelajaran yang direka bentuk untuk berubah secara automatik mengikut jenis peranti paparan yang digunakan.
organisational effectivenesskeberkesanan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Kecemerlangan sesebuah organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, peka dan responsif terhadap tuntutan masyarakat. Keberkesanan organisasi merangkumi cara perancangan pengurusan dan pentadbiran, jangka hayat, pertambahan dari segi bilangan pelanggan dan jumlah aduan negatif daripada orang awam. Pada masa yang sama, keberkesanan organisasi juga berkaitan dengan pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan. Tidak semua organisasi mampu dan berkebolehan memberikan perkhidmatan yang baik atau mempunyai ciri yang cemerlang.

patient administration system (PAS)sistem pentadbiran pesakit (PAS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang menyediakan capaian pada maklumat lengkap pesakit mengenai aktiviti sistem kesihatan. Sistem ini membolehkan pengurusan pesakit dijalankan secara efisien, responsif, fleksibel dan mesra pengguna. Komponen penting dalam sistem ini meliputi aplikasi pendaftaran pesakit, pengurusan sumber dan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran rawatan.
machine politicspolitik jenteraSains PolitikPolitik PerbandinganPengurusan sesuatu parti atau organisasi yang tidak telus dan menjadi personal dengan kemunculan pemimpin tertentu yang menguasainya secara peribadi seperti seorang penaung. Pengurusan politik ini melibatkan aktiviti kebajikan dan bersifat responsif terhadap kehendak ahli. Politik ini sangat tertumpu kepada kuasa ketua yang bersifat suka mengarah dan tidak mengambil kira persoalan tanggungjawab, kecekapan, semak dan imbang serta ketelusan pengurusan. Walaupun begitu, sebahagian daripada tumpuan parti bertujuan membantu orang yang mengalami kesusahan. Contohnya, pengurusan Parti Demokrat New York yang lebih dikenali sebagai Tammany Hall pada abad ke-19 sering dikaitkan dengan amalan politik jentera.
negative symptomsimptom negatifPsikologiPsikologi UmumSimptom yang ditunjukkan melalui kehilangan sifat normal manusia yang dicirikan sebagai kehilangan emosi, lemah dalam pertuturan, kegagalan untuk merasai keseronokan dan kekurangan motivasi. Contohnya, simptom pada penghidap skizofrenia biasanya akan memperlihatkan defisit dalam interaksi sosial, ekspresi emosi dan pertuturan. Simptom ini boleh stabil dalam jangka waktu tertentu tetapi tidak responsif dengan penggunaan kebanyakan ubat atau terapi.
civic culturebudaya sivikSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya politik masyarakat yang menerima autoriti pemeritah dengan darjah penyertaan rakyat yang tinggi dalam sistem dan proses politiknya. Dalam budaya politik ini, kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat setiap keputusan politik dan pemerintah juga akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin bagi memastikan keperluan asas rakyat disediakan. Rakyat pula harus bersifat responsif terhadap sebatang tindakan kerajaan. Hal ini menjadikan hubungan antata rakyat dan pemerintah itu seimbang dan akan mewujudkan keadaan politik yang stabil dan teguh. Konsep budaya sivik diasaskan oleh Gabriel Almond seorang tokoh ilmu politik perbandingan dalam kajian budaya politik di Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Jerman dan Kanada pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an.
labour movementpergerakan buruhSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk oleh golongan buruh bagi memelihara kepentingan mereka khususnya berhubung dengan upah, kebajikan, tempat kerja yang baik serta layanan yang mesra. Pergerakan ini sering membuat tuntutan sama ada kepada majikan mahupun kepada kerajaan, bergantung kepada isu yang dibawa. Pertubuhan yang mantap ini lama-kelamaan telah membuatkan mereka turut peka kepada masalah sosial, ekonomi dan politik negara. Mereka kemudiannya bersifat responsif terhadap perkembangan ekonomi dan politik tanah air dengan menyatakan pendirian mereka atau menuntut kerajaan melakukan sesuatu menurut cadangan mereka. Dalam negara tertentu seperti di India, Amerika Latin dan United Kingdom, pendirian mereka telah terikat dengan ideologi tertentu yang menjadikannya sangat rapat dengan parti politik atau pemerintah. Contoh pergerakan buruh yang aktif di Malaysia ialah CUEPACS dan MTDC.

Kembali ke atas