Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
retak (kata nama)
1. Rujuk rekah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cacat, cela, kekurangan,
Berantonim dengan sempurna

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan renggang, ganggang, jauh,
Berantonim dengan mesra

Kata Terbitan : meretak, meretakkan, keretakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fractureretak; retakanPentadbiran PerniagaanTiada1. Retak, rekahan, kekaran, sesaran, patah atau pecah tulang, sama ada lengkap atau tidak pada suatu struktur atau benda.
fractureretak; retakan;fraktur/patahPerubatanTiada1. Retak, rekahan, kekaran, sesaran, patah atau pecah tulang, sama ada lengkap atau tidak pada suatu struktur atau benda.
jointsendi; sambung; tercantum; bersama; kekar; bercantumKejuruteraanTiada1. Tanggam: Sambungan yang terhasil daripada penyambungan dua bahagian kayu yang dibuat berdasarkan keperluan dan bentuk-bentuk tertentu.,3. Kekar: Sifat retak pada batuan tetapi berbeza dengan sesaran ianya tidak menunjukkan gerakan yang berbeza.,4. Sambungan di antara dua atau lebih pengalir, atau titik penyambung bagi dua pengalir.
veneer gradingpenggredan venirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses pemilihan dalam pengasingan venir berasaskan gred tertentu. Penggredan venir berdasarkan bentuk ira, warna kayu dan cacat seperti kehadiran buku, retak, dan lubang serangga yang terdapat pada permukaan venir. Bagi venir kayu keras, terdapat empat gred venir iaitu gred premium, gred pilihan 1, gred baik 2, dan gred kegunaan am. Penggredan venir biasanya dilakukan hanya kepada venir muka.
air contentkandungan udaraKejuruteraanKejuruteraan BangunanUdara yang dimasukkan ke dalam konkrit basah semasa penyediaan campuran untuk menyediakan ruang yang cukup semasa proses pengembangan dan pengecutan konkrit khususnya di musim sejuk. Jika ini tidak dilakukan konkrit akan mudah retak dan tidak akan bertahan lama. Peratus kandungan udara yang digunakan untuk tujuan ini ialah dalam lingkungan 1%.
carbon disulfide poisoningkeracunan karbon disulfidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvulsi, dan mati. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit pada mulanya menyebabkan sensasi aneh pada bahagian-bahagian hujung anggota dan kemudian hilang deria dan lemah otot. Gejala seterusnya ialah kerengsaan, hilang daya ingatan, rabun penglihatan, hilang selera makan, insomnia, depresi mental, pening, rasa lemah, dan ketar Parkinson. Kematian mungkin disebabkan perubahan degeneratif dalam otak dan saraf tunjang. Bau telur busuk dikesan semasa bedah siasat.

Kembali ke atas