Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.tas] | رتس

Definisi : terputus benang jahitannya, terbuka jahitannya (kelimnya); meretas 1. memutuskan (mengerat, me­motong) benang-benang pd jahitan; 2. mem­buka dgn pisau (surat dll), membelah kulit (karung dll); ~ bisul membedah bisul; ~ perut membedah perut; 3. menebang pokok dll utk membuat jalan, merentas, merintis; ~ jalan membuat jalan dgn menebang pokok-pokok dll; 4. merosakkan (membuka pagar dll), menembusi rintangan; peretasan perihal (proses, perbuatan dsb) meretas: ~ benang pd jahitan yg silap itu masih dilakukan; peretas orang yg meretas, alat utk meretas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.tas] | رتس

Definisi : sudah putus benang jahitannya; terbuka jahitannya. meretas 1 memutuskan atau memotong benang jahitan: ~ jahitan. 2 membuka surat dgn menggunakan pisau; membelah (kulit dll): ~ perut membelah atau membedah perut. peretas 1 orang yg meretas (surat dll). 2 alat (spt pisau) utk meretas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
retas (adjektif)
Bersinonim dengan tetas, ratas, bertas, betas, pecah, dedel;,
Kata Terbitan : meretas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas