Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ria] | ريا

Definisi : 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ ber­se­ronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, ber­seronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, ber­­­seronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, ke­gi­rang­an, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan ke­pedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : Ar ® riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : (Geog) sj teluk kecik (serokan) yg panjang yg terbentuk akibat drpd peneng­gelaman lembah di pinggir laut yg disebabkan oleh kenaikan aras laut: ada sebuah pinggir laut yg mengandungi ~, teluk dan tanjung tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ria
Rujuk :riang

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tersaukkan ikan,
     suka;
tersaukkan batang,
     masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jom RiaJom Bersuka RiaTatabahasa18.09.2008
Taman Ria DisneyView Profile Actions 2:49PM Taman Ria Disney Taman Salam. Saya masih kurang faham dengan penggunaan 'dalam kalangan' dan 'di kalangan'. Menurut laman web DBP, kedua-duanya boleh diterima pakai. Namun ada juga komen yang mengatakan 'dalam kalangan' lebih tepat dari segi penggunaannya. Harap bantu. Terima kasih.Frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan" kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak', manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Moga ia membantu anda untuk memahaminya.Tatabahasa16.06.2016
1. Ali dan Muthu bermain dengan riang-riang. Adakah ayat berkenaan betul ? Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Ali dan Muthu bermain dengan riang ria. Mengikut Kamus Dewan, riang ria bermaksud riang gembira.Tatabahasa18.10.2014
Perkataan *beriani tiada tanda pecahan suku kata. Adakah *be.ri.a.ni empat suku kata? atau *be.ria.ni tiga suku kata? Mengikut ejaan jawi *ba+ra jadi *ber, *ya+alif jadi *ya, dan *nun+ya jadi *ni - tiga suku kata. Tapi *be.ri.a.ni berlaianan ejaannya, kecuali *ber.ya.ni baru menepati ejaan jawi. Mengikut penggalan bunyi seperti ejaan kemasukan *be.ri.a.ni adalah empat suku kata.

Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "برياني".


Lain-lain26.06.2022
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru

1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan)

2. Civil Engineer - Jurutera Awam

3. Architect - Arkitek

4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 

5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal

6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal

7. Pilot - Juruterbang

8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan

9. Television Technician - Juruteknik Television

10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan)

11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan)

Istilah30.11.2011
kami telah mengemukakan permohonan nama pembangunan iaitu "Ophiria" tetapi tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhmya. ophiria diambil dari nama Gunung Ledang iaitu "Mount Ophir". kemudian menggabungkan perkataan "ria" yang membawa maksud bergembira. Oleh itu kami meminta pandangan pihak tuan untuk penggabungan nama ini dan juga maksud mengikut kamus dewan. Terima KasihPerkataan ‘Ophiria’ merupakan campuran bahasa Inggeris (Mount Ophir) dengan bahasa Melayu (ria). Campuran perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris/lain-lain tidak dibenarkan kerana merupakan bentuk yang menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Tidak ada maksud mengikut Kamus Dewan yang berkaitan cadangan nama yang dikemukakan.Tatabahasa11.11.2014
Tepatkah jika "fun run" diterjemahkan sebagai "larian suka-suka"?Fun Run = Larian RiaMakna02.10.2018
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "high five"?Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah tepuk ria.Penyemakan dan penterjemahan07.12.2018
Assalaamu'alaikum WBT, Tuan, saya ada kemusykilan, mengapa "bergelak ketawa" tidak boleh digunakan sedangkan "bersuka ria" pula boleh? Apa bezanya penggunaan imbuhan ber- dalam kedua-dua perkataan? Saya mohon pencerahan. Salam hormat, terima kasihDalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan "bergelak". Perkataan yang ada ialah "tergelak" dan "gelak ketawa". "Tergelak" ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah "terjatuh". "tersenyum" dan "terduduk"Tatabahasa28.09.2014
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih.Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya.Tatabahasa10.09.2008
12

Kembali ke atas