Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[riang] | رياڠ

Definisi : sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap se­suatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, be­rasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang] | رياڠ

Definisi : = meriang; ~ semangat berasa pening-pening, berasa gamang; badannya meriang dia agak demam; ® meriang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang] | رياڠ

Definisi : Kd, Pn tenaga, kuasa; tak ada ~ lagi tidak ada tenaga lagi (tidak larat lagi), sudah lemah; reng III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang] | رياڠ

Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[riang] | رياڠ

Definisi : sangat gembira; suka hati; girang hati: Kanak-kanak sedang bermain-main dgn ~. ~ gembira suka hati dan gembira. beriang; ~ hati, = beriang-riang bersuka-suka; bergirang-girang; bergembira. meriangkan menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. keriangan, = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). periang orang yg selalu riang atau selalu gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[riang] | رياڠ

Definisi : ; riang-riang, reriang 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[riang] | رياڠ

Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riang (adjektif)
Bersinonim dengan ria, girang, gembira, ceria, meriah, seronok, suka, sukacita, senang hati;,
Kata Terbitan : beriang, beriang-riang, beriang hati, meriangkan, keriangan,

Puisi
 

Riang-riang di Gunung Ledang,
     Hendaklah makan si umbut padi;
Sialah-sia mata memandang,
     Belum dapat main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.

Bermaksud :

Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ral dan peritoneum yang bersambung. (BIO) reriang (reriang) Nama biasa bagi pokok dan kayu Ploiarium alternifolium daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah kayu kuat, kuat-kuat dan riang-riang dan di Sabah ialah sauma. Gubal kayu dan teras kayu reriang sukar dibezakan, iaitu berwarna merah jingga dan menjadi merah tua apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan

Kembali ke atas