Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka hati dan gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riang (adjektif)
Bersinonim dengan ria, girang, gembira, ceria, meriah, seronok, suka, sukacita, senang hati;,
Kata Terbitan : beriang, beriang-riang, beriang hati, meriangkan, keriangan,

Peribahasa

Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.

Bermaksud :

Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
connotationpengertianKesusasteraanPuisiMakna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi.
giojosogiojosoMuzikTiada

 Gaya yang gembira dan riang. Giojoso biasanya dimainkan dalam tempo muzik yang pantas.

lustiglustigMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan yang gembira dan riang dalam tempo yang agak rancak.

frohlichfrohlichMuzikTiada

 Gaya yang riang serta perasaan yang gembira.

emotionemosiPsikologiPsikologi UmumKeadaan yang dicirikan oleh perubahan fisiologi dan psikologi yang biasanya dapat dilihat menerusi air muka seseorang. Perkataan ini berasal dari Greek yang bermaksud bergerak, iaitu emosi boleh membuatkan individu bergerak untuk melakukan sesuatu. Apabila perasaan takut, marah atau gembira menyerang individu, badannya akan dirangsang atau dimotivasikan untuk bertindak melakukan sesuatu seperti melarikan diri, menyakitkan orang lain atau ketawa riang. Emosi biasanya dikaitkan dengan tingkah laku adaptif seperti menyerang, melarikan diri, mencari keselesaan, menolong orang lain dan sebagainya. Tingkah laku sedemikian akan membantu individu untuk meneruskan kehidupannya. Perubahan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti perubahan dalam kadar denyutan jantung, peningkatan tekanan darah serta perubahan fizikal seperti yang ditunjukkan melalui tangan yang menggeletar, bulu roma meremang dan sebagainya.

Kembali ke atas