Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : ; ribu-ribu, reribu nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Antara 5 ribu dan 10 ribu orang menghadiri protes itu" atau "Antara 5 ribu hingga 10 ribu orang menghadiri protes itu"? Manakah ayat yang betul?Frasa yang betul ialah "Antara 5 ribu hingga 10 ribu orang yang menghadiri protes itu" Tatabahasa19.10.2020
Saya keliru dengan cara penggunaan perkataan ribu yang dieja seperti berikut: sebanyak RM80.38 ribu. Adakah pengunaan "ribu" betul?

Bentuk penulisan yang betul bagi jumlah tersebut ialah RM80 380. Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, untuk menyatakan jumlah ringgit yang besar, unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta perlu dieja, atau turunkan semua nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Ejaan05.11.2021
Yang mana satukah betul jika ditulis dalam ayat. 4 ribu pelajar, Empat ribu pelajar atau 4,000 pelajar?Frasa yang gramatis ialah seramai empat ribu orang pelajar.Tatabahasa06.12.2012
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?)

Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.

Tatabahasa20.02.2011
Adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa bagi perkataan "shall be six thousand". Adakah "hendaklah enam ribu" atau "ialah enam ribu". 360A. (3C) The fee for a licence issued under subregulation (2) shall be six thousand ringgit. 360A. (3C) Fi untuk lesen yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah enam ribu ringgitAyat yang betul ialah

360A. (3C) Fi untuk lesen yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah enam ribu ringgit.
Lain-lain18.07.2021
'beribu-ribu orang rakyat' dengan 'beribu-ribu rakyat' antara dua tersebut yang manakah yang betul?Frasa yang baku ialah beribu-ribu rakyat.Tatabahasa07.05.2009
Bagaimana cara tuliosan yang betul bagi nilai wang. Terdapat beberapa versi tulisan, sebagai contoh: i)Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); ii) Ringgit Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); iii) Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50) Jika dilihat kepada Akta Mata Wang (Ringgit) 1975, sebutan bagi mata wang Malaysia ialah "ringgit" dan bukannya "Ringgit Malaysia". Manakala, dalam Akta Mata Wang 2020, cara penulisan nilai wang dalam akta tersebut ialai "lima puluh ringgit", "tiga ribu ringgit". Jadi cara yang manakah yang paling tepat untuk menulis nilai wang dalam perkataan terutama dalam draf perjanjian Kerajaan. Terima kasih.Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen Sahaja) tetapi dalam pertuturan dan pengacaraan  lazimnya disebut  Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen atau boleh juga disebut Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen.Tatabahasa21.10.2020
Munsyi Gaji seorang guru baru ialah dua ribu atas. atau Gaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas. TKGaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas.Tatabahasa16.07.2012
yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja.Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja).Tatabahasa27.12.2006
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan tentan skalan tatabahasa. 1. Adakah beribu-ribu sama maksud dengan ribuan? contoh:beribu-ribu penonton = ribuan penonton. Adakah kedua-dua frasa ini betul? 2. Kedua-dua orang murid atau kedua-dua murid Frasa yang manakah adalah betul? Adakah kedua-dua perlu menambah penjodoh bilangan? 3. a. Hobi saya ialah membaca buku. b. Hobi saya adalah membaca buku. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan ? Terima kasih atas bantuan.

JAWAPAN 1
Beribu-ribu sama maksud dengan ribuan. Walau bagaimanapun, frasa yang tepat ialah "ribuan penonton." Jika frasa "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.

 

JAWAPAN 2
“Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua orang murid” atau “kedua-dua murid” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang murid" lebih gramatis.

 

JAWAPAN 3 

Ayat yang betul ialah “Hobi saya membaca buku.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264.

Tatabahasa05.03.2024
1234567

Kembali ke atas