Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : ; ribu-ribu, reribu nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) A Kamus Sains.indb 1 7/8/08 11:44:02 AM 2 abiogenesis (abiogenesis) Penjanaan hidupan secara spontan. Proses ini dijangka berlaku secara ber- ansur-ansur selama beribu-ribu tahun, apabila benda bukan hidup berubah se- cara berperingkat untuk membentuk benda hidup. (UBAT) abiotic (abiotik) Berkaitan dengan sesuatu yang bukan hidup. Contohnya, faktor abiotik yang mengawal aktiviti biologi ialah famili Colubridae yang tidak berbahaya kerana tidak berbisa menyerupai corak warna ular daripada famili Elapiidae, iaitu ular berbisa. (BIO) apostilb (apostilb) Unit luminans permukaan yang bersamaan dengan satu per sepuluh ribu. (FIZ) aposymbiotic (aposimbiotik) Perihal haiwan yang biasanya hidup bersimbiosis dengan haiwan lain, tetapi telah terasing kerana berlaku sesuatu keadaan tertentu seperti penebangan hu- tan. (BIO) apothecium (apotesium) Jasad buah sesetengah

Kembali ke atas