Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : ; ribu-ribu, reribu nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ribu-ribu(Baj., Sam.)ribu-ribu(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur keadaan berbentuk garis berpilin seperti huruf S bertimbal balik, lazimnya diukir pada senjata tradisional. Dikenali juga sebagai pilin berganda.
linagoh (Rgs.)linagoh (Rgs.)KesenianTiadaBakul kandung yang dianyam secara lilitan daripada kulit pohon ribu-ribu, dan kerangkanya dibuat daripada rotan dengan mengikut bentuk yang dikehendaki.
bakul berkakibakul berkakiKesenianTiadaBakul kandung berkaki daripada buluh, beranyam rapat dari tapak ke atas, berbucu empat, bertiang buluh sebagai kaki, mulut yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu, dan digunakan untuk mengisi beras atau padi.
mortalitymortalitiPerubatanTiadaKadar kematian, iaitu nisbah bilangan kematian berbanding dengan jumlah populasi pada sesuatu kawasan. Biasanya jumlah populasi yang dibandingkan untuk mendapatkan kadar ini sama ada mencakupi bilangan seribu, sepuluh ribu dan seratus ribu.
second generation gasifierpenggas generasi keduaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenggas untuk menukarkan arang batu kepada SNG secara besar-besaran. Penggas ini berupaya memproses 5 hingga 10 ribu tan arang batu sehari. Penggas generasi ini beroperasi pada tekanan tinggi, iaitu lebih kurang 10 ribu psig.
cost per thousand (CPM)kos per ribuKomunikasiTiadaKos pengiklanan bagi setiap seribu rumah dalam sesuatu khalayak media. Pihak perancang media menggunakan kos ini untuk membuat perbandingan kos dengan media-media yang lain.
aeonaeonMatematikTiadaTempoh selama satu ribu juta tahun.
bevatronbevatronKejuruteraanTiadaPemecut zarah yang bertenaga enam ribu juta volt.
Kbps (kilobit per second)Kbps (kilobit sesaat)Teknologi MaklumatTiadaSatu ribu bit sesaat. Sebenarnya ialah 1024 bit sesaat.
KBps (kilobyte per second)KBps (kilobait sesaat)Teknologi MaklumatTiadaSatu ribu bait sesaat. Sebenarnya ialah 1024 bait per saat.
1234567

Kembali ke atas