Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribuan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan tentan skalan tatabahasa. 1. Adakah beribu-ribu sama maksud dengan ribuan? contoh:beribu-ribu penonton = ribuan penonton. Adakah kedua-dua frasa ini betul? 2. Kedua-dua orang murid atau kedua-dua murid Frasa yang manakah adalah betul? Adakah kedua-dua perlu menambah penjodoh bilangan? 3. a. Hobi saya ialah membaca buku. b. Hobi saya adalah membaca buku. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan ? Terima kasih atas bantuan.

JAWAPAN 1
Beribu-ribu sama maksud dengan ribuan. Walau bagaimanapun, frasa yang tepat ialah "ribuan penonton." Jika frasa "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.

 

JAWAPAN 2
“Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua orang murid” atau “kedua-dua murid” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang murid" lebih gramatis.

 

JAWAPAN 3 

Ayat yang betul ialah “Hobi saya membaca buku.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264.

Tatabahasa05.03.2024
Tolong jelaskan penggunaan kata ganda separa jamak. Ribuan terima kasih ! (1)dedaun (=daun-daun?) I Beberapa helai dedaun II Beberapa helai daun III Banyak dedaun / daun-daun (2)pepohon (=pohon-pohon?) I Beberapa pokok pepohon / pohon-pohon II Banyak pepohon / pohon-pohon III Banyak pohon / pokok IV Beberapa batang pohon / pokokKata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Contoh: "dedaun" dan "pepohon". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 137.Tatabahasa21.01.2022
Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih.Jawapan yang paling tepat seperti berikut:
1. Saya bekerja sebagai anggota polis
2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas)
3. Ejaan yang betul ialah kemas kini
4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu
Tatabahasa04.08.2017
selamat sejahtera soalan-soalan : 1. Wanita yang {duduk,bersimpuh}di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah { terbakar,dibakar}pada malam tadi. ribuan terima kasih .1. Wanita yang duduk di barisan hadapan itu ialah ibu saya.
2. Rumah Pak Hamid telah terbakar pada malam tadi.
Tatabahasa12.11.2012
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan istilah terjemahan yang sesuai bagi yang berikut: 1. Shrink wrap 2. Stretch wrap 3. Bundling machine Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih.1. Shrink wrap - lelilit kecut (cadangan)
2. Stretch wrap - lelilit regang (cadangan)
3. Bundling machine - Bundling machine
Terjemahan yang kami cadangkan boleh digunakan, jika bersesuaian dengan konsep penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
1. Baginda ialah seorang raja. 2. Beliau ialah seorang raja. Ayat yang manakah betul? Minta jelaskan. Ribuan terima kasihBeliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati, manakala baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Penggunaan yang betul ialah Baginda ialah seorang raja.Tatabahasa25.09.2017
Ribuan terima kasih atas penerangan yang diberi mengenai makna "patik" dan "hamba". Tetapi saya ada sedikit kekeliruan. (1) Bila seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan, perkataan 'patik' digunakan. Bila pembesar/ temenggung/ bendahara yang bercakap dengan raja/sultan, apakah perkataan digunakan untuk menggelar dirinya sendiri ? (2) Kalau Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat, perkataan "hamba" digunakan untuk menggelar dirinya sendiri, betulkah ?

Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja. Dalam hal ini, golongan yang berjawatan dalam pentadbiran istana tetap rakyat biasa, bukan berketurunan raja maka tetap menggunakan kata ganti diri “patik” apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba” pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud “saya”. Maka, Hang Tuah dengan Hang Hang Jebat menggunakan kata ganti diri “hamba” apabila bercakap sesama mereka.

Tatabahasa14.07.2014
Tuan : 1. Apakah perbezaan antara perkataan 'terikut-ikut' dan 'mengikut-ikut' ? 2. Bolehkah perkataan 'pertama-tama' digunakan dalam penulisan karangan dengan membawa maksud terdahulu sekali ? Ribuan terima kasih atas penjelasan dan maklum balas tuan.1. Menurut Kamus Dewan, terikut-ikut ialah mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain. Manakala  mengikut-ikut ialah meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain;

2.Kamus Dewan mentakrifkan pertama-tama sebagai yang pertama sekali, yang mula-­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan;
Tatabahasa19.07.2013
saya hendak bertanya definisi yang betul dan tepat tentang 1. warga tua 2. penjagaan sosial 3. hubungan sosial 4. pengurusan kebajikan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. sekian.

1. warga tua : Definisi warga tua di Malaysia ialah apabila seseorang mencecah usia persaraan iaitu pada 55 atau pilihan persaraan pada 56 tahun.

2. penjagaan sosial :  menjaga pergaulan

3. hubungan sosial : hubungan kemasyarakatan

4. pengurusan kebajikan : perihal mengurus sesuatu yg membawa kebaikan

Lain-lain05.01.2009
Mohon pandangan tuan/puan, yang mana satu antara berikut adalah betul penggunaannya: 1. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan di atas perkara ini didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih 2. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih."Tatabahasa22.07.2013
1234567

Kembali ke atas