Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak ter­kawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin ken­cang di padang pasir yg menyebabkan ke­pulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu per­kara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk me­nangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pe­labuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar ber­dambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, menga­caukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, ke­kecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : , = angin ~ angin yg bertiup dgn kencang; badai: Hujan turun dgn lebatnya disertai ~ yg kencang. ~ taufan ribut yg sangat kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1 banyak yg mesti dibuat; sangat sibuk: Orang-orang ~ membeli-belah di pasar. 2 marah-marah; bising; rusuh: Dia ~ kerana wangnya hilang dicuri orang. meributkan 1 menyebabkan ribut; menghebohkan; menggemparkan. 2 menimbulkan keadaan huru-hara; merusuhkan. keributan 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ribut
Rujuk :taufan

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Tak ada ribut masakan daun bergoyang.

Bermaksud :

Sesuatu itu terjadi dengan sebab musababnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ribut yang ributNasirazaliDewan Budaya1 August 2007
Ribut Pasir Taufan TakdirSiti Zaiton IsmailDewan Sastera1 September 2002
Ribut di Ladang SukmaMohd Kasim MahmudDewan Sastera1 January 2007
RibutThanga DewiDewan Pelajar1 April 1976
Ribut SaljiRubaidin SiwarDewan Pelajar1 July 1973
Ribut SenjaM. Z. AliasKeluarga Harmoni1 November 2008
Ribut Penjaja Di Kuala Lumpur. (Diwawancara oleh Cliff Akid Kamijan Abdullah)Bahrim A. RazakDewan Budaya1 December 2000
Ribut sudah berlaluNoor Kamariah RamliAktual1 February 1981
Ribut Di PendalamanAhmad J. HuseinMastika1 December 1993
Ribut fasal undang-undang keluargaAmin JaromiDewan Masyarakat15 August 1974
123

Kembali ke atas