Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak ter­kawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin ken­cang di padang pasir yg menyebabkan ke­pulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu per­kara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk me­nangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pe­labuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar ber­dambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, menga­caukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, ke­kecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : , = angin ~ angin yg bertiup dgn kencang; badai: Hujan turun dgn lebatnya disertai ~ yg kencang. ~ taufan ribut yg sangat kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1 banyak yg mesti dibuat; sangat sibuk: Orang-orang ~ membeli-belah di pasar. 2 marah-marah; bising; rusuh: Dia ~ kerana wangnya hilang dicuri orang. meributkan 1 menyebabkan ribut; menghebohkan; menggemparkan. 2 menimbulkan keadaan huru-hara; merusuhkan. keributan 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ribut
Rujuk :taufan

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Tak ada ribut masakan daun bergoyang.

Bermaksud :

Sesuatu itu terjadi dengan sebab musababnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
laroh[lA.čh]kata adjektifberkenaan buah-buahan yang gugur.Derian laroh pase ribot kuat.[d«.Äi.jAn lA.čh pA.sE Äi.bot ku.wAt]Durian gugur sebab ribut kuat.
   2. rosak.Sapan lalu rumoh koi tibe dek ribok semalam.[sA.pAn lA.lu Äu.moh kj ti.bE de/ Äi.bok s«.mA.lAm]Rosak teruk rumah saya kerana dipukul ribut semalam.
leweh[lE.wEh]kata adjektifberkenaan sesuatu yang berada atau dipakai di luar daripada tempat atau saiznya.Zing leweh kene ribot.[ziN lE.wEh k«.n« Äi.bt]Zing leweh terkena ribut.

Kembali ke atas