Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak ter­kawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin ken­cang di padang pasir yg menyebabkan ke­pulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu per­kara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk me­nangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pe­labuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar ber­dambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, menga­caukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, ke­kecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : , = angin ~ angin yg bertiup dgn kencang; badai: Hujan turun dgn lebatnya disertai ~ yg kencang. ~ taufan ribut yg sangat kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.but] | ريبوت

Definisi : 1 banyak yg mesti dibuat; sangat sibuk: Orang-orang ~ membeli-belah di pasar. 2 marah-marah; bising; rusuh: Dia ~ kerana wangnya hilang dicuri orang. meributkan 1 menyebabkan ribut; menghebohkan; menggemparkan. 2 menimbulkan keadaan huru-hara; merusuhkan. keributan 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ribut
Rujuk :taufan

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Tak ada ribut masakan daun bergoyang.

Bermaksud :

Sesuatu itu terjadi dengan sebab musababnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stormributSainsHidrometeorologi1. Sebarang keadaan gangguan atmosfera, terutamanya yang memberi kesan kepada permukaan bumi dan merujuk cuaca yang boleh membinasa ataupun cuaca yang buruk. Sekurang-kurangnya ada tiga pendapat yang berlainan berkenaan dengan ribut. Pertama, dalam meteorologi sinoptik, ribut merupakan gangguan individu lengkap yang dikenali dalam carta sinoptik (atau melalui alat meteorologi seperti radar), sebagai gabungan tekanan, angin, awan, kerpasan dan lain-lain. Oleh itu, jenis ribut menjulat mengikut skala dari tornado dan ribut petir, menjangkau siklon tropika, hingga ke siklon luar tropika yang meluas. Kedua, dari sudut tempatan dan khusus, ribut ialah kejadian fana yang dikenal pasti dari segi kehebatan atau kebinasaannya. Dalam hal ini ribut dirujuk kepada ribut hujan, ribut angin, ribut hujan batu, ribut salji, dan lain-lain. Jenis ribut yang khas ialah ribut salji, ribut ais, ribut pasir dan ribut habuk. Bagi ahli hidrologi, ribut pada dasarnya mencakup curahan hujan dalam ruang dan masa di kawasan tertentu. 2. Angin yang bertiup dengan kelajuan 56 � 63 knot pada skala angin Beaufort.
floefloGeografiTiadaJisim ais yang terapung di permukaan air terdedah terbentuk bila badan ais dipecahkan oleh ribut-ribut kencang musim bunga.
floefloGeologiTiadaJisim ais yang terapung di permukaan air terdedah terbentuk bila badan ais dipecahkan oleh ribut-ribut kencang musim bunga.
thunderstormribut petirMeteorologiMeteorologi PerhubunganRibut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadangkala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Arus olakan menaik yang kuat merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Arus menurun yang kuat dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir terbentuk sehingga 40 000 kaki hingga 50 000 kaki tinggi di latitud tengah dan lebih tinggi di kawasan tropika. Kestabilan stratosfera bahagian bawah mengehadkan pengembangan ribut ke atas. Keunikan ribut petir ialah kegiatan elektriknya yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pengaruh ribut petir.
thunderstormribut petirSainsHidrometeorologiRibut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadang kala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Olakan kencang merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Angin kencang yang menurun dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir bertiup sehingga 40 000 � 50 000 kaki di latitud tengah dan hingga ke ketinggian yang lebih di kawasan tropika. Hanya kestabilan stratosfera bahagian bawah yang mengehadkan perkembangan ribut ke atas. Kualiti unik ribut petir ialah kegiatan elektrik yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pengaruh ribut petir.
significant weathercuaca menonjolSainsHidrometeorologiCuaca yang merangkumi fenomena seperti ribut petir, ribut tropika, badai jajar sangat kencang, hujan batu, golakan sederhana atau kencang, pengaisan sederhana atau kuat pada kapal terbang, gelombong gunung yang nyata, ribut pasir atau ribut habuk yang meluas dan hujan membeku.
storm surgeluruan ributSainsHidrometeorologiPembumbungan air laut yang luar biasa sepanjang pantai yang terutamanya disebabkan oleh angin ribut. Oleh sebab luruan ribut selalunya merupakan aspek ribut pantai yang paling berbahaya, banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan dan kebolehramalannya.
local stormribut tempatanSainsHidrometeorologiRibut berskala mesometeorologi. Ribut petir, bebadai, dan tornado selalunya termasuk ke dalam kategori ini.
radar storm detectionpengesanan ribut radarGeologiTiadaPengesanan ribut atau keadaan ribut tertentu dengan menggunakan radar.
storm tidepasang surut ributMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Sama dengan luruan ribut. 2. Ketinggian luruan ribut atau gelombang taufan yang melebihi ketinggian aras laut mengikut ramalan astronomi.
12345678910...

Kembali ke atas