Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.két.sia] | ريکيتسيا

Definisi : (rikétsia) sj mikroorganisma parasit drpd genus Rickettsia yg hidup dlm tisu tungau, sengkenit dan artropod lain, dan boleh me­nye­babkan penyakit tifus dsb pd manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata riketsia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIFUS

Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan

penyakit yang penting yang disebabkan oleh

riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang

kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan

seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia,

organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding

pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan

ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti

haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering

menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir”

penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada

manusia kepada manusia atau daripada haiwan

kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit,

atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk

tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai

demam bawaan sengkenit .

UMUM 
RIKETSIA

Riketsia adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan mikroorganisma yang menyebabkan

penyakit berjangkit tertentu pada manusia. Riketsia

pernah dikelaskan sebagai virus tetapi kini

dianggap sebagai sejenis khas bakteria. Ia berbeza

daripada kebanyakan bakteria dengan dua cara. Ia

lebih kecil, dan seperti virus, ia tidak boleh

membiak di luar sel hidup.

UMUM 
TETRASIKLIN

Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik

yang digunakan untuk merawat jangkitan.

Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan

mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat

Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk

merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan

penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan

tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne.

Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun

1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan

meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan

bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan

banyak mikroorganisma dapat menentang kesan

daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin

tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat

mikroorganisma ini.

UMUM 

Kembali ke atas