Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ma] | ريما

Definisi : bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap (spt dlm gurindam).rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di per­mukaan planet atau satelit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.ma] | ريما

Definisi : keselarasan bunyi pd perkataan atau pd suku kata terakhir dlm sesuatu rangkap (mis pantun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rima (kata nama)
Bersinonim dengan rentak, ritma, irama, tempo.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ottava rimaastarimaKesusasteraanPuisiPuisi yang barisnya mengandungi lapan rima, khususnya rima hujung. Astarima boleh terdiri daripada rima yang sama atau rima yang berbeza. Contohnya, puisi '"Penagih Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya.
inexact rhymerima tak tepatKesusasteraanPuisiPembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit.
rhymerimaKesusasteraanTiadaBunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.
rimarimaPerubatanTiadaTiada
rimarimaBiologiMikologiOstiol pada jasad buah sesetengah kulat yang kelihatan seperti celah.
rhymerimaKesusasteraanPuisiSkema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap� tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contohnya, rima pantun ab ab. Rima syair a a a a. Rima akhir jugalah yang menjadi satu daripada dasar untuk menentukan "bentuk terikat" sesebuah puisi .
consonancekonsonansKesusasteraanTiadaRima sumbang: Rima yang tidak sempurna atau tidak lengkap. Selalunya menghasilkan konsonansi dan kadang-kadang asonans.
trisyllabic rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka atau rangkap-rangkap lucu.
triple rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka dan rangkap-rangkap lucu.
12345678910...

Kembali ke atas