Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.ci/] | رينچيق

Definisi : 1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil; wang belanja ~ wang utk belanja per­kara-perkara kecil (yg bermacam-macam); daging ~ daging yg dipotong halus-halus atau yg kecil-kecil; 2. baki, pinjul; merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil): ~ pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rincik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arjaarjaMuzikTiada

 Dramatari atau opera komedi dari Bali. Arja berasaskan cerita epik seperti Mahabharata, panji dan legenda. Arja melibatkan muzik, tarian dan drama, Melodinya berkait dengan nyanyian puisi yang dikenali sebagai tembang. Ensembel gamelan arja ialah suling, kendhang, rincik, guntang, kempli dan kelentang yang mengiringi dramatari arja.

kacapikacapiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang dipetik. Alat muzik ini berkembang di daerah Sunda, Jawa Barat, Indonesia. Kacapi mempunyai badan berbentuk segi empat bujur. Tujuh utas tali atau lebih dipasang pada badan dan setiap tali disokong dengan kekuda yang tinggi. Tali dipetik dengan jari dan dimainkan secara solo atau dalam ensembel. Dalam ensembel, kacapi dimainkan bersama-sama dengan alat muzik suling dan rincik bagi mengiringi nyanyian pantun, iaitu Tembang Sunda dan lagu vokal popular yang dikenali sebagai kacapian, dalam persembahan kacapi-suling. Kini, alat elektronik dipasangkan pada badan kacapi untuk mengayakan bunyi. Kacapi dikenali sebagai chakay atau jakhe di Thailand dan mi gyaun di Myanmar. Lihat juga jakhe.


Kembali ke atas