Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rindu;

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(169)
Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan perahu sebarang perahu, Perahu layar bertiang tiga; Bukan rindu sebarang rindu, Rindu membakar jiwa dan raga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yu-yu kataku tamban, Kalau tamban mana loncatnya? Rindu-rindu kata demam, Kalau demam mana pucatnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pantang merendam biji labu, Labu dibawa orang bermain; Abanglah karam menahan rindu, Rindu kepada orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan perahu sebarang perahu, Perahu kolek tidakkan karam; Bukan rindu sebarang rindu, Rindukan adik siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan perahu sebarang perahu, Perahu Bugis membawa tiram; Bukan rindu sebarang rindu, Nyawa habis barulah padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak endu masak dipanggang, Batang bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Indah-indah bawa bertandang, Pucuk pauh kicap manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu.Pantun Melayu SarawakKasih
12345678910...

Kembali ke atas