Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bung­kusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak me­nimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh di­pan­dang ~; dikenakan cukai yg ~; ke­sa­lah­­an ~ kesalahan yg kecil sahaja; per­bualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; ­ najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (pe­nyakit dll), tidak berat: akibat drpd per­tempuran itu, beberapa orang men­dapat luka ~; 6. tidak memabukkan (mi­numan, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyang­kan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia me­lenggang ~ me­nuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanam­an): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama menger­jakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. ter­lampau ringan; peringanan perihal meringankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1 tidak berat: Bungkusan yg ~ itu diangkatnya dgn sebelah tangan. 2 ki mudah dijalankan atau mudah dikerjakan: Menyusun kamus bukanlah pekerjaan yg ~. 3 tidak berapa berbahaya (bkn penyakit dll): Orang yg mendapat luka-luka ~ dlm kemalangan itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 4 ki tidak memabukkan (bkn minuman): Dia menyajikan minuman ~ kpd kami. 5 ki tidak mustahak; tidak penting: Permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~. ~ kepala mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ mulut peramah; suka bercakap-cakap. ~ tangan a. suka menolong orang yg dlm kesusahan; cepat membuat kerja. b. suka mengambil hak atau kepunyaan orang lain. ~ tulang rajin bekerja. meringankan 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. keringanan keadaan atau hal ringan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Terima kasih atas bantuan cepat yang telah pihak DBP berikan. 1. Bolehkah "lightweight" diterjemahkan kepada "paling ringan" atau "ringan" sahaja? Kalau "ringan" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. 2. Bolehkah "heavyweight" diterjemahkan kepada "paling berat" atau "berat" sahaja? Kalau "berat" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. Sila berikan pengesahan dan cadangan tuan/puan. Terima kasih. :)Salam Sejahtera Saudara. Bagi mengelakkan penggunaan yang lewah dalam bahasa Melayu, maka terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. "lightweight" - ringan. 2. "heavyweight" - berat.Penyemakan dan penterjemahan27.05.2015
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing@ ringan sama dijinjing berat sama dipikulPeribahasa yang betul ialah: "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kebiasaannya apabila sesuatu kerja atau amanah yang dipertanggungjawabkan, itu adalah satu tanggunjawab yang berat.  Sebab itu perkataan "Berat" itu didahulukan.Lain-lain10.08.2016
Selam, Saya ingan tahu maksud beza "ringan tulang" dengan "ringan tangan". Terima kasih

Simpulan Bahasa yang betul ialah ringan tulang yang bermaksud rajin bekerja.

Tatabahasa14.08.2018
definisi industri berat dan definisi industri ringanMerujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain.Istilah21.09.2008
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
maksud makanan ringanMerujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna03.10.2008
Pejabat Urusan Makanan RinganJawapan yang betul ialah "Pejabat Urusan dan Kedai Makanan Ringan"Ejaan03.05.2023
Bolehkah peribahasa ini diterima? Ringan sama dijinjing, berat sama dipikulPeribahasa yang diterima umum ialah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. walau bagaimanapun bila diterbalikkan ia masih membawa maksud yang sama. Lain-lain07.08.2018
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK SEMAKAN PIHAK TUANKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN = KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Sila buat pembetulan dan hantar di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan bahasa papan iklan.
Tatabahasa10.01.2013
1234567

Kembali ke atas