Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Terima kasih atas bantuan cepat yang telah pihak DBP berikan. 1. Bolehkah "lightweight" diterjemahkan kepada "paling ringan" atau "ringan" sahaja? Kalau "ringan" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. 2. Bolehkah "heavyweight" diterjemahkan kepada "paling berat" atau "berat" sahaja? Kalau "berat" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. Sila berikan pengesahan dan cadangan tuan/puan. Terima kasih. :)Salam Sejahtera Saudara. Bagi mengelakkan penggunaan yang lewah dalam bahasa Melayu, maka terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. "lightweight" - ringan. 2. "heavyweight" - berat.Penyemakan dan penterjemahan27.05.2015
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
Salam sejahtera 1. Memandang ringan terhadap sesuatu isu 2. Memandang rendah terhadap sesuatu isu Dengan rujukan di atas, adakah kedua -dua ayat membawa maksud yang sama ? Terima kasih

Kedua-dua ayat tersebut membawa maksud yang berbeza

Memandang ringan – memandang remeh

Memandang rendah – menganggap seseorang atau sesuatu hina dan tidak setanding dengan yang lain.

(Sumber: Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain01.09.2022
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. Makna06.03.2008
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Mohon ulasan yang lengkap daripada pihak tuan jika ada. 1) Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat tersebut betul dari segi struktur ayat.Tatabahasa04.07.2013
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih.Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul.Tatabahasa08.03.2016
Adakah ayat ini betul? 1 Bahan yang ringan timbul di permukaan air.Menurut data kami, ayat tersebut betul.Lain-lain11.07.2018
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
Adakah ayat berikut betul? 1. badan lembu berat tetapi badan kucing ringan. 2. Halim ialah kaum Melayu. 3. Air di air terjun sangat sejuk. Sekiranya salah bolehkah saya tahu apakah ayat yang betul tetapi masih membawa maksud yang sama? Terima kasih

Penggunaan kata hubung tetapi dalam Ayat 1: “ Badan lembu berat tetapi badan kucing ringan” betul dari segi tatabahasa tetapi tidak begitu sesuai dan tepat dari segi makna kerana perkara yang dibandingkan ialah perkara yang berbeza untuk maksud berlawanan dan perkara tersebut telah ternyata, sepatutnya  ayat yang lebih gramatis ialah Badan lembu lebih berat berbanding dengan badan kucing.  Ayat kedua yang betul ialah  “ Halim ialah bangsa Melayu/ Halim berbangsa Melayu / Halim ialah orang Melayu/ Halim orang Melayu. Ayat ketiga yang betul ialah  “ Air terjun sangat sejuk” 1">

Tatabahasa16.03.2018
123

Kembali ke atas