Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5 rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda; beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll); beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, be­rigi-rigi; meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll); besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : mata wang yg bernilai seratus sen: ~ Malaysia. seringgit seratus sen; satu ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ringgit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besi baik dibajai (= diringgiti).

Bermaksud :

Barang baik, diperbaiki lagi. ringgit = rigi-rigi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa?

Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Contoh:

1.     RM1 juta

2.     RM1 000 000.00

Ejaan11.03.2020
Pembaca berita RTM menyebut RM20.00 begini: Ringgit Malaysia dua puluh ringgit. Bukankah sebutan yang tepat ialah dua puluh ringgit (tanpa Ringgit Malaysia)? Hal ini sama seperti kita menyebut dua puluh bath, dua puluh rupiah dan dua puluh rial. Mohon penjelasan.

Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut  dua puluh ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara  Malaysia atau Kementerian Kewangan.

Lain-lain19.09.2009
Salam, saya mahu bertanya sama ada untuk perbandingan melibatkan angka atau jumlah, adakah kita harus gunakan 'dari' atau 'daripada'? 1. Harga minyak akan dinaikkan dari 10 ringgit kepada 12 ringgit. 2. Harga minyak akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 12 ringgit.Jawapan yang betul ialah Harga minyak akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 12 ringgit.Tatabahasa28.01.2019
Salam tuan, Jika kilometer dibaca satu setengah kilometer atau sebagainya. Bagaimana pula dengan ringgit? Adakah dibaca dengan satu setengah ringgit @ satu ringgit setengah? Harap tuan dapat rungkaikan kemusykilan saya.Yang betul ialah satu ringgit setengah.Lain-lain03.08.2010
Semasa mengacara majlis ..perlu tidak kita menyebut RM. /ringgit Malaysia 500..atau lebih tepat lima ratus ringgit.yg mana perlu saya gunakan?Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Lima Ratus Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan dan pengacaraan  lazimnya disebut  Lima ratus ringgit atau boleh juga disebut Ringgit Malaysia Lima ratus.Lain-lain27.04.2018
Apakah perbezaan sebutan dan tulisan nilai mata wang ringgit?

Selamat pagi.
Contoh dalam penulisan nilai mata wang ringgit ialah (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut dua puluh ringgit.  Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.05.2016
Bagaimana cara tuliosan yang betul bagi nilai wang. Terdapat beberapa versi tulisan, sebagai contoh: i)Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); ii) Ringgit Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); iii) Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50) Jika dilihat kepada Akta Mata Wang (Ringgit) 1975, sebutan bagi mata wang Malaysia ialah "ringgit" dan bukannya "Ringgit Malaysia". Manakala, dalam Akta Mata Wang 2020, cara penulisan nilai wang dalam akta tersebut ialai "lima puluh ringgit", "tiga ribu ringgit". Jadi cara yang manakah yang paling tepat untuk menulis nilai wang dalam perkataan terutama dalam draf perjanjian Kerajaan. Terima kasih.Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen Sahaja) tetapi dalam pertuturan dan pengacaraan  lazimnya disebut  Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen atau boleh juga disebut Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen.Tatabahasa21.10.2020
Saya mahukan kepastian berkaitan sebutan dan penulisan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Adakah RM150.20 di sebut Seratus lima puluh ringgit dan dua puluh sen? Manakala apabila ditulis Ringgit Malaysia: Seratus lima puluh dan dua puluh sen? Bagaimana dengan RM10.20?Untuk RM10.20 cara penulisannya ialah "Sepuluh ringgit dan dua puluh sen" atau "Ringgit Malaysia Sepuluh dan dua puluh sen"Lain-lain27.05.2016
Mohon perhatian, mana yang betul (penulisan): Harga buku itu dua setengah ringgit. Harga buku itu dua ringgit setengah. Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Yang paling tepat ialah - Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Lain-lain23.04.2010
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih.i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan.Tatabahasa21.08.2007
1234567

Kembali ke atas