Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
abridg ed editionedisi ringkasedisi ringkasedisi ringkasKesusasteraan
abridge editionedisi ringkasTiadaedisi ringkasKomunikasi
condensed editionedisi ringkasTiadaedisi ringkasPerpustakaan
brief cataloguingpengkatalogan ringkasTiadapengkatalogan ringkasPerpustakaan
short metrematra ringkasmatra pendekmatra ringkasKesusasteraan
simple distillationpenyulingan sederhanapenyulingan ringkaspenyulingan ringkasKejuruteraan
plain photofoto polosfoto ringkas/biasafoto ringkas/biasaPerubatan
simple fracturefraktur simpel/sederhanafraktur simpel/ringkasfraktur simpel/ringkasPerubatan
abbreviated injury scaleskala-luka singkatskala kecederaan ringkasskala kecederaan ringkasPerubatan
packing voids (simple)rongga tumpukan (sederhana)lowong padatan (ringkas)lowong padatan (ringkas)Pertanian
12

Kembali ke atas