Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
perubahan berlaku pada mesej M. Lihat juga cincangan sehala. fungsi cincang selamat (Ig. secure hash function; Br. fungsi cincang selamat; Id. fungsi cincang aman) Fungsi yang digunakan untuk mengira nilai ringkas, iaitu nilai cincang daripada data asal. Sekiranya data asal diubah, nilai ringkas yang terhasil juga akan berubah. Fungsi ini juga melindungi data asal dengan memastikan nilai ringkas tidak boleh dipalsukan untuk menggambarkan data asal yang terubah dan sebaliknya nilai ringkas tidak boleh

Kembali ke atas