Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
short titlejudul ringkas; tajuk ringkasPerpustakaanTiadaTiada
short titlejudul ringkas; tajuk ringkasUndang-undangTiadaTiada
pickuppungut; pikap; mata kait;kemas ringkasPentadbiran PerniagaanTiada1. Kemas ringkas: Keadaan bilik yang memerlukan pengemasan ringkas sebelum disewakan semula, biasanya apabila penginap keluar lewat atau perubahan bilik penginap.
abridged evaluation procedureprosedur penilaian ringkasHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara ringkas yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk penilaian produk siap herba bagi tujuan pendaftaran produk. Prosedur penilaian ringkas biasanya digunakan untuk produk yang berketoksikan rendah. Prosedur ini dapat memendekkan tempoh proses pendaftaran produk.
polysaccharidepolisakaridaHerbaFitokimiaPolimer gula ringkas (monosakarida) yang terjalin bersama melalui ikatan glikosida. Polisakarida yang terdiri daripada gula ringkas yang sama dinamakan homopolisakarida, dan yang terdiri daripada gula ringkas yang berbeza dinamakan heteropolisakarida. Contohnya, polisakarida yang terdiri daripada unit galaktosa dinamakan galaktan. Tiga jenis polisakarida yang penting ialah kanji, glikogen dan selulosa yang kesemuanya glukan. Kanji ialah bahan makanan simpanan utama tumbuhan. Glikogen berfungsi sebagai karbohidrat simpanan bagi haiwan manakala selulosa ialah bahan strukturan bagi tumbuhan. Sinonim glikan.
simple sugargula ringkasMakanan dan PemakananMakananMolekul karbohidrat asas bagi karbohidrat yang lebih besar seperti sukrosa, selulosa dan kanji. Gula ringkas juga dikenali sebagai monosakarida, iaitu glukosa, galaktosa dan fruktosa. Gula ringkas cepat diserap oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.
simple sugargula ringkasHerbaFitokimiaKarbohidrat paling asas yang tidak boleh dihidrolisis kepada molekul yang lebih kecil. Gula ringkas merupakan unit asas bagi karbohidrat yang lebih besar seperti gula pasir, selulosa, kertas dan kapas. Nama lain bagi gula ringkas ialah monosakarida dan contoh gula ini ialah glukosa, galaktosa dan fruktosa.
carbohydratekarbohidratMakanan dan PemakananPemakananSumber tenaga dalam diet yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Karbohidrat terbahagi kepada bentuk ringkas dan kompleks. Karbohidrat ringkas terdiri daripada monosakarida seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa, serta disakarida seperti sukrosa, maltosa dan laktosa. Manakala karbohidrat kompleks terdiri daripada polisakarida seperti kanji dan serabut.
carbohydratekarbohidratHerbaFitokimiaIstilah umum bagi sebatian polihidroksi yang biasanya mengandungi kefungsian karbonil. Karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan unit dalam molekul, iaitu monosakarida (satu unit gula ringkas), disakarida (dua unit gula ringkas), oligosakarida (tiga hingga sepuluh unit gula ringkas), dan polisakarida (lebih daripada sepuluh unit gula ringkas). Karbohidrat membentuk sebahagian besar bahan biomas tumbuhan. Contohnya, selulosa dan kanji. Karbohidrat telah dikenal pasti mempunyai kepentingan farmakologi termasuklah sebagai agen antitumor, antivirus dan antipembekuan darah.
secure hash functionfungsi cincang selamatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerFungsi yang digunakan untuk mengira nilai ringkas, iaitu nilai cincang daripada data asal. Sekiranya data asal diubah, nilai ringkas yang terhasil juga akan berubah. Fungsi ini juga melindungi data asal dengan memastikan nilai ringkas tidak boleh dipalsukan untuk menggambarkan data asal yang terubah dan sebaliknya nilai ringkas tidak boleh digunakan untuk meneka kandungan data asal.
12345678910...

Kembali ke atas