Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan istilah "SINOPSIS" dengan " Ringkasan "?

Menurut Kamus Dewan, sinopsis bermaksud ringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Ringkasan bermaksud 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll);  2. kependekan.  Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, sinopsis dan ringkasan mempunyai maksud yang sama.

 

Makna30.01.2011
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010
Peribahasa dalam ringkasan dan karangan respon terbuka dikira sebagai 1 perkataan saja? contohnya:"katak di bawah tempurung" peribahasa ini dikira sebagai 1 perkataan atau 4 perkataan?Dalam contoh yang diberikan jumlah perkataan ialah empat patah perkataan. Walau bagaimanapun untuk maklumat sahih, sila bertanya soalan tersebut kepada pihak yang berkaitan dengan peperiksaan seperti guru Bahasa Malaysia di sekolah saudara.Ejaan31.03.2012
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri.  
2: Singkatan muka surat ialah m.s.
Tatabahasa09.05.2012
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja.

Puan,

  1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
  2. Kepada:  kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada:  kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya.   Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu.  Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
Istilah22.08.2011
Assalamualaikum. 1. Bolehkah perkataan "mensanitasi" digunakan untuk "sanitising", dan "pemperibadian" untuk "personalisation"? 2. Apakah terjemahan/ringkasan untuk DBA ("doing business as") yang lazimnya diletakkan selepas nama sah syarikat dan diikuti oleh nama operasi syarikat berkenaan 3. Apakah padanan tepat untuk "probe" seperti "thermometer probe"? 4. Apakah terjemahan untuk "lowboy freezer" yang selalunya digunakan dalam persekitaran komersial seperti di restoran. Alat ini biasanya diletakkan di bawah kaunter. 5. Bolehkah frasa "Introduction to " diterjemahkan kepada "Pengenalan " tanpa sebarang kata sendi?  6. Selain daripada "sarung tangan", adakah istilah lain yang sesuai untuk "mitt" yang dipakai di dapur untuk mengangkat periuk/kuali panas?  7. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut (dalam konteks penyediaan/keselamatan makanan):     - "holding time"  (kata nama)      - "steamwell/steam table" (kata nama)      - "skim"  (kata kerja)      - "skimmer"  (kata nama)      - "drain rod plunger" (kata nama)      - "polishing shortening"  (kata kerja) (salah satu langkah dalam proses membersihkan "fryer" di restoran

1.      1. Cadangan terjemahan bagi “sanitizing” ialah mensanitasikan, manakala terjemahan bagi personalization pula ialah personalisasi

2.      2. Mohon berikan contoh ayat bagi penggunaan ("doing business as") agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat.

3.      3. Terjemahan yang sesuai bagi “Probe” ialah kuar yang bermaksud Peranti pengukur yang diletakkan di persekitaran yang akan diukur

4.      4. Terjemahan yang sesuai bagi “lowboy freezer” ialah peti penyejuk beku di bawah kaunter

5.      5. Terjemahan yang sesuai bagi “introduction” ialah pengenalan, jika “introduction to” pula bermaksud pengenalan kepada yang perlu digunakan dalam ayat.

6.     6. Terjemahan yang sesuai bagi mitt ialah mit atau  sarung tangan

7.      7. Terjemahan yang sesuai bagi:

  • holding time - masa pegangan
  • steamwell/steam table - bain-marie
  • skim - skim
  • skimmer - sudip berlubang, penyejat, penyiring atau senduk
  • drain rod plunger – Pelocok Rod Saliran
  • polishing shortening – Penggilapan Lemak Sayuran

Makna22.04.2021
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai

Terhadap  - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  

Tatabahasa02.02.2010
1. bijak mengurus masa atau bijak menguruskan masa? 2. (a) ... gajah, burung, dan lain-lain lagi. (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (c) ... gajah, burung, dan sebagainya. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. Manakah penggunaan tanda koma yang betul? 3. dalam pengiraan perkataan untuk UPSR Kertas 2 Bahagian C, PMR Kertas 2 Ringkasan, berapakah perkataan untuk "ibu bapa", "alam sekitar"?1. Frasa yang tepat ialah bijak menguruskan masa.

2. Penggunaan tanda koma yang betul ialah  (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (d) ... gajah, burung dan sebagainya.
 
3. Perkataan "ibu bapa"dan "alam sekitar" mempunyai dua patah perkataan.
Tatabahasa19.05.2013
Perkataan "mengenai" tergolong dalam kata apa? Cth ayat: 1.Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Datuk bercerita mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
Tatabahasa19.10.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
12

Kembali ke atas