Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.ta.ngan] | رينتڠن

Definisi : sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.ta.ngan] | رينتڠن

Definisi : sesuatu yg merintang; halangan; gangguan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintang
Kata Terbitan : merintangi, terintang, rintangan,

Peribahasa

Ingat ranting yang akan melenting,
     dahan yang akan mencocok,
duri yang akan mengait.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(i) ... menghadapi pelbagai rintangan... (ii) ... menghadapi rintangan.... (iii) ... menghadapi banyak masalah... (iv) ... banyak menghadapi masalah .... Yang mana antara ayat di atas yang tepat dan apakah alasannya?Yang paling tepat ialah menghadapi rintangan - kata kerja transitif (menghadapi) dan diikuti dengan objek (rintangan).Tatabahasa18.09.2008
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh.

1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang.

2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai.

Tatabahasa18.10.2011
Apakah terjemahan yang betul untuk “antibiotic resistance” ke dalam istilah bahasa Melayu? Rintangan antibiotik atau kerintangan antibiotik? Terima kasih.Padanan antibiotic resistance dalam bahasa Melayu ketahanan antibiotik. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=antibiotic+resistance&d=69812&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.Penyemakan dan penterjemahan13.06.2019
Pak Kasim seorang nelayan. ... turun ke laut menangkap ikan. a) Beliau b)Aku c)Dia "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada ____ untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran - Mu", doa Ali dengan sayu. a) Hamba b) Patik c) Aku

1. Pak Kasim seorang nelayan. Dia turun ke laut menangkap ikan. 

2. "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada aku untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Tatabahasa28.05.2009
apakah maksud "perewel"Menurut Kamus Pelajar, perewel ialah /peréwél/ bahagian daripada sesuatu mesin yang dapat bergerak tanpa rintangan.Tatabahasa17.01.2013
Saya ingin mencari istila paling sesuai untuk "RNA interference (RNAi)", "short interfering RNA (siRNA)", "gene expression" dan "gene editing". Buat masa ini, saya menggunakan istilah rintangan atau penyekatan RNA untuk "RNAi" berdasarkan mekanismenya, "ekspresi gen" atau "penghasilan produk gen" (?) untuk "gene expression" dan "penyuntingan gen" atau "suntingan gen" untuk "gene editing".
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan istilah-istilah seperti yang berikut:

1. RNA interference - interferens RNA atau gangguan RNA
2. short interfering RNA - RNA menganggu pendek
3. gene expression - ekspresi gen atau pengekspresan gen
4. gene editing - penyuntingan gen
Istilah18.05.2022
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang ejaan. Mana yang betul, sadung atau sandung? Saya lihat kedua-duanya mempunyai maksud sama.Jika konteks perbuatan merujuk kepada menyandung melanggar sesuatu (dengan kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pada sesuatu, 2. mendapat sesuatu rintangan (kesusahan dan lain-lain) dan sandungan, maka kedua-duanya membawa maksud yang sama. Ini bermakna, sadung dan sandung boleh digunakan.Makna19.12.2016
Apa beza halangan, cabaran dan masalah? ciri yang utama yang membezakan 3 perkataan tersebut? adakah masalah = sesuatu yang telah berlaku atau sedang berlaku? adakah cabaran = sesuatu yang akan berlaku? adakah halangan = sama seperti cabaran?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud halangan ialah aral, gangguan, rintangan atau te­gah­an, manakala cabaran menurut Kamus Pelajar Edisis Kedua ialah ajakan untuk berlawan, tantangan atau sesuatu yang mencabar dan maksud masalah ialah sesuatu yang mesti diselesaikan. Makna27.01.2017
Salam, Mohon penelitian ayat - ayat berikut sebagai lirik lagu Kita semua serupa Berpijak dibumi yang nyata Mendaulatkan prinsip yang lima Bersatu hati demi semua Usah diduga akal dan budi Merobek jiwa meruntuh janji Hitam dan putih tidak bererti Asal semua hormat menghormati Ayuh semua kita Berganding bahu berpimpin tangan Mengharungi onak dan duka Asal kita tidak berangan Nun didesa atau dikota Semua pasti merasa bahagia Menyemai kasih menyulam cinta Melahirkan insan yang setia Apa jua rintangan Jangan ada yang terkesan Memutuskan persahabatan Mencipta jurang perpecahan

Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Walau bagaimanapun, mohon pihak tuan membetulkan ejaan seperti di bumi, di desa, di kota dan hormat-menghormati.

Untuk makluman tuan juga, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Sungguhpun begitu, karya seni termasuk lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Ini kerana karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat.

Untuk membantu tuan membuat semakan penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.


Lain-lain17.11.2021
Dalam hal ini,tidak dapat dinafikan bahawa,anak-anaknya kerap membeli barangan yang tidak berguna dan ketandusan mendapat kecantikkan barang kepada diri sendiri.Bertitik tolak daripada hal itu,mereka menanam tabiat buruk untuk membeli barangan yang tidak berguna di pusat atau di pasaran.Menurut kadar bilangan rakyat Malaysia membuang sampah semakin serius,kerajaan seharusnya merancang pelan dengan sebaik mungkin untuk mencegah masalah atau rintangan ini dalam keadaan berlaku di negara kita.Sebagai analoginya,pihak sekolah sememangnya mengadakan aktiviti cara menabung wang untuk menggelakkan kita menanggung beban berat atas perbelanjaan keperluan barangan.Anak-anak mereka perlulah menerima atau menganjurkan aktiviti dengan semangat yang lebih aktif untuk belajar menguruskan wang.Apakah kepentingan amalan menabung dalam kehidupan seharian?Ironinya,tidak dapat dinafikan bahawa kita dapat menyelesaikan masalah buruk diri sendiri tanpa bergantung pada diri sendiri menarik rambut dalam tepung ,rambut jangan terputus,tepung jangan berselerak. Bolehkah Tuan /Puan memberikan bantuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Puan Catherine,



semakan yang diminta termasuk dalam semakan dokumen. Untuk makluman pihak puan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada fadhilah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.

Lain-lain27.01.2021
12

Kembali ke atas